Tuesday, 16 June 2020

Adakah kita?


Selalunya bila sesuatu terjadi
Yang tak menyenangkan hati kita
Yang buat kita mula tak husnuzon
Kita mula fikir macam macam 

Kadang kadang 
Apa yang jadi tu
Adalah cara Allah makbulkan doa kita
Kita mungkin tak perasan 
Sbb neraca Allah dan neraca manusia berbeza

Kalau Allah kata tu yang terbaik 
Maka itulah yang akan jadi
Siapa kita nak pertikaikan

Contohnya, kita mendoakan kawan kita yang tengah sedih 
Kita harap dia dapat kebahagiaan 
Kemudian Allah takdirkan sesuatu yang mmg buat dia bahagia 
Namun bukan seperti itu kebahagiaan yg kita bayangkan waktu doakan dia

Jadi, kita kena tenang, cari hikmah
Lawan prasangka buruk yang ada
Jaga hati jaga perasaan sendiri mahupun orang lain

Kalau kita berharap orang lain memahami
Kita tanya diri kita
Adakah kita sendiri dah memahami? 
Kalau kita persoal kenapa orang lain tak belajar dari sejarah
Kita tanya diri kita
Adakah kita sudah belajar? 

Kesimpulannya, bersangka baik
Tanam rasa empati dalam diri
Kurangkan bicara lebihkan berfikir
Haaa tapi fikir yang baik baik taw
Sebab fikiran kita macam magnet
Kalau fikir positif, aura kita pun positif
Kalau fikir negatif, haaa fikir laa sendiri

Selamat menjaga hati 

Thursday, 4 June 2020

Ada apa dengan hati?


Minggu yang kurang baik dari segi emosi
Bercampur baur
Ups and downs
Entah kenapa
Semuanya serba tak kena
Semuanya rasa kekurangan
Cuba dibaiki
Namun dirasakan hanya bertepuk sebelah tangan

Mungkin itu cuma perasaan
Prasangka
Yang gagal dikawal
Emosi terlalu lemah
Kesabaran menipis
Kata kata yang tajam
Semua berbekas di hati

Bagi yang lain mungkin tiada apa
Mungkin kebal
Mungkin kuat
Tidak terkesan dengan apa yang berlaku

Tapi bagi jiwa yang lemah
Sangat terkesan
Pedih

Cubaan demi cubaan dilakukan
Cuba untuk baca al quran bersama
Seperti sebelumnya
Namun tidak seperti yang dibayangkan
Di awal panggilan
Terus bacaan dialunkan
Satu surah ke surah yang lain
Tanpa suara berbasa basi seperti biasa

Adakah terpaksa?
Adakah terlalu meminta?
Maaf jika itu yang dirasa
Andai terselit rasa yang menjerut
Maaf dari hati yang penuh noda ini
Sungguh, maaf
Mungkin ini adalah permintaan sebegini yang terakhir
Mungkin

Terima kasih untuk alunan surah yang sangat baik
Moga dikurniakan pahala
Buat sekalian keluarga
Tidak kira apa pun perasaan yang ada
Terpaksa mahupun tidak
Moga Allah kira setiap satu huruf yang ada
Moga asbab untuk masuk syurga

Buat jiwa yang lemah
Moga terus diberi kekuatan
Oleh Ya Qowiy
Cukuplah
Jangan keruhkan lagi
Jangan sakiti lagi
Letakkan hanya di tangan
Bukan di hati

Demi insan yang disayangi
Yang layak mendapat bahagia tak bertepi
Dengan atau tanpa di sisi
Didoakan moga sentiasa dilindungi Ilahi
Dijauhkan dari yang merosakkan hati
Dikelilingi jiwa jiwa yang memahami

Wednesday, 3 June 2020

Bila perlu

Manusia
Kita
Hamba

Bila kita bahagia
Bila kita senang
Bila kita dapat apa yang kita suka
Kadangkala kita lupa nak bersyukur
Kita lupa pada Tuhan

Solat
Doa
Ala kadar
Asal buat

Tapi bila masa kita down
Bila kita ada masalah
Bila kita sempit
Kita ingat Tuhan
Kita merayu
Kita cari

Doa tak putus putus
Solat sunat pelengkap solat wajib
Baru rasa diri hamba

Peringatan buat diri sendiri
Moga kita cari Tuhan tiap waktu
Bukan hanya bila perlu

Tuhan tak perlukan kita
Tapi kita sebenarnya yang perlukan Tuhan
Tuhan tak pernah tinggalkan kita
Tapi kita yang selalu tinggalkan Tuhan
Tuhan tak lupakan kita
Kita yang selalu lupa Tuhan

Moga kita ingat Tuhan
Moga kasih kita pada Tuhan
lebih banyak dari yang kita beri
Buat orang orang yang kita sayang
Sebab manusia takkan kekal selamanya
Tapi Tuhan sentiasa ada, selamanya


Tuhan, jagakan yang tersayang

Tuhan, jagakan yang tersayang

Dengan yang tersayang
Kita lebih mudah sensitif
Dengan yang tersayang
Kita berharap yang terbaik
Untuk sama sama cuba
Sama sama bahagia
Sampai kita terlupa
Ada yang kecewa
Ada yang tertekan
Rasa terkurung dalam kawalan
Dari yang menyatakan sayang

Adakah benar itu sayang?

Tuhan, jagakan yang tersayang

Aku lelah menyakiti
Aku sakit mengecewakan
Aku tak mampu membetulkan keadaan
Atas ketidaksabaranku
Atas rasa peduliku
Yang berlebih lebihan

Tuhan, jagakan yang tersayang

Kami harapkan kebaikan dariMu
Sama ada dekat atau jauh
Kami cuba redha
Beri kami kekuatan
Lupakan yang tidak perlu
Lepaskan apa yang terikat
Kawal apa yang mampu

Moga dijauhkan penyakit hati
Ditambah kesabaran
Lebih banyak mendengar dari berkata kata
Kerana kesan lidah lebih melukakan

Tuhan, jagakan yang tersayang

Sunday, 31 May 2020

Peluang Kedua

 Sekarang tengah trending lagu Nabila Razali kan. Cuba la usha official lirik video kat YouTube sambil baca komen. Sebakkk weyhhh😒😒😒😭😭😭

Ramai orang share kisah hidup dorang.
Yang tersentuh kalau pasal family, parents.
Tak cukup tisu sekotak haha

Lagu ni depends la kita nak relate macamana
Dengan kawan ke family ke orang kita sayang ke
Ada pernah baca satu share ni, orang tu relate hubungan antara manusia dengan Tuhan. So bila baca tu, haah la make sense!
Menarik kan?

Allah yang Maha Pencipta selalu bagi kita peluang
Hidupkan kita setiap hari
Even hari sebelumnya kita dah buat dosa
Tak kira la kecik ke besar ke
Kita kekadang lupa pun nak doa mintak kat Allah contoh: ya Allah, izinkan aku hidup lagi esok. Aku nak bertaubat
Tapi Allah bagi jugak peluang
Untuk kita baiki diri kita
Tebus dosa kita
Cuma kita je tak sedar huhuhu
We take it for granted
Astaghfirullah

Wahai diri sendiri dan yang membaca semuanya
Peluang takkan selalu ada
Takkan selalu ada peluang kedua
Kita tak tahu sampai bila kita ada peluang tu
Moga kita sama sama sedar dan berazam
Untuk baiki diri kita
Tinggalkan apa yang tak bermanfaat
Jangan layan perasaan perasaan dan prasangka buruk
Yang akan melambatkan proses pembaikan diri kita
All the best, US!
Moga Allah tetapkan hati kita semua bersama agamaNya
Aminnnn♥️

Thursday, 7 May 2020

Ampunkan kami, Ya Allah

6 May 2020

1/3 Ramadhan telah berlalu.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan suka memberi keampunan, maka ampunkanlah kami.

Terima kasih ya Allah kerana masih izinkan iman wujud dalam hati kami.

Walaupun kami tak bersegera dalam menyahut panggilanMu, sesegera kami menyahut panggilan duniawi.

Walaupun kami lebih cepat rasa bersalah sesama manusia, berbanding rasa berdosa terhadapMu

Walaupun kami lebih gigih berusaha membaiki hubungan sesama manusia, berbanding membaiki hubungan denganMu.

Ampunkan kami Ya Allah Ya Ghaffur.
Ampunkan kami Ya Allah Ya Rahim.

Terima kasih sedarkan kami ya Allah.
Pegang hati kami ya Allah.
Bantu kami ya Allah.
Tiada daya dan kekuatan kami melainkan dari Engkau Yang Maha Kuat.

Izinkan kami mendahulukan Engkau melebihi apa pun dalam setiap satu perkara, yg kecil mahupun perkara besar.
Izinkan kami redha dalam semua ketentuanMu.
Izinkan kami belajar dan menemukan hikmah di sebalik sesuatu yg Kau takdirkan buat kami.

Kami lemah ya Allah.
Kami tiada daya.
Ampunkan kami ya Allah.
Ampunkan kami.


Wednesday, 29 April 2020

Mencari Hikmah

Ramadhan.

Kalau sebut ramadhan, apa benda first yg korang akan ingat?
Puasa
Terawikh
Bazaar (tapi kita tahun ni takde πŸ˜’πŸ˜‚)

Ni antara benda yg paling banyak org sebut bila kaitkan dengan ramadhan.

Dan tahun ni alhamdulillah kita dapat rasa pengalaman yang berbeza dari tahun tahun sebelumnya.
Takde bazaar yang menghidangkan pelbagai juadah.
Takde majlis berbuka puasa beramai ramai.
Dan paling terasa sebab tak boleh solat terawikh dekat surau atau masjid.

Sebaliknya,
Makin ramai yang jadi tukang masak serba boleh.
Makin ramai yang mampu menjadi imam buat keluarga.
Dan kesan positif lain disebabkan PKP ni.

Jadi kita dapat lihat.
Setiap yang berlaku tu pasti akan ada hikmah sebaliknya.
Mungkin untuk kita terima dan jumpa hikmah tu ambil masa, tapi kalau kita yakin dan cuba, insha Allah akan jumpa.

Selamat mencuba untuk mencari hikmah dalam setiap ketentuanNya.
Pada mulanya mungkin akan rasa sakit rasa sedih, tapi insha Allah. Apa yang Allah tentukan tu semua yang terbaik untuk setiap satu dari kita.
Allah takkan uji kalau kita tak mampu.
Allah takkan bagi kalau Dia tak sayang.

Salam 6 Ramadhan 1441H.
Moga Allah terima segala amal.
Moga jiwa yang sedang lemah menjadi kuat.
Moga diri yang sedang rebah akan bangkit.
Moga moga.

Wednesday, 8 April 2020

PKP

Peluang 

Bagi sesetengah orang, pkp ni dia akan nampak banyak peluang. Contohnya, peluang untuk kuruskan badan, untuk tolong orang lain, untuk tambah skill memasak, menjahit dan sebagainya.

Betul, kita memang kena bentuk diri kita supaya kita menjadi orang yang pandai menggunakan peluang yang ada. Macam sekarang mungkin kita dapat rasa ada peluang masa, maka kita kena gunakan masa sebaiknya, jangan sia siakan jangan bazirkan.

Bila sebut masa ni, selalu ingat hadis nabi:
“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.”  (HR Bukhari)

Kalau sesiapa yang masih belum berjaya untuk uruskan masa (cakap dengan cermin hehe), jangan putus asa. Teruskan usaha, peluang masih ada. πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

Kualiti

Kita dah ada peluang, maka kita kena gunakan sebaiknya. Kita ambil peluang tu dan gunakannya untuk capai apa jua impian kita, sama ada impian jangka masa singkat mahupun jangka masa panjang.

Contoh, kita bercita cita nak habiskan paling kurang sebuah buku dalam masa dua minggu pkp. Maka kita akan gunakan peluang masa yang ada, untuk capai cita cita kita tu. Apa yang penting, kita kena rancang tindakan kita sebaiknya supaya memudahkan kita capai cita cita kita. Kita kena cek kualiti rancangan kita tu, sesuai ke tak, realistik ke tak dan sebagainya. Kita mesti la nak buat benda yang berkualiti supaya hasil yang kita dapat pun tip top.

Prestasi

Kita dah ada peluang dan rancangan yang berkualiti, maka kita akan dapat tingkatkan prestasi kita yeayyyy!

Tak kisah laa apa pun peluang, rancangan mahupun cita cita yang kita ada, moga kita semua dapat sama sama capai peningkatan dalam prestasi masing masing. Bukan kerja je kita kena capai prestasi kpi tu semua. Diri kita pun kita kena letak target, supaya diri kita sentiasa ada proses pembaikan dan peningkatan. Kita taknak laa jadi orang yang sama je kan pada masa akan datang. Nak ke kita kekal sama tak berubah untuk 5 tahun akan datang? Mesti taknak kan. Mesti kita nak tambah nilai nilai positif yang akan menaikkan pencapaian diri kita, ke arah lebih baik.

Kesimpulannya, apa yang penting, moga kita balikkan semuanya kepada Sang Pencipta. Apa yang kita ada kita lalui harini, semua dari Dia. Jadi, sebaik baiknya kita jaga prestasi kita di hadapan Dia terutamanya. Moga dipermudahkan semuanya. ♥️

Manfaatkan nikmat


Harini dah hari ke 22 PKP.

Macamana semua org?
Dah terbiasa dengan rutin baru sejak pkp?
Atau masih mencari cari rentak untuk susun kehidupan?
Hehe 

Kalau kita tengok, pkp ni dapat sedarkan kita tentang nikmat. Nikmat yg datang dalam pelbagai bentuk. Nikmat masa, keluarga, duit, kerja, peluang dan sebagainya. Mungkin nikmat yang kita ada, tak sama dengan orang lain.

Mungkin ada yang sejak pkp ni, baru dapat luangkan masa bersama keluarga. Tapi ada jugak yang tak dapat jumpa keluarga. Ada juga yang walaupun pkp ni, ada je makanan setiap hari, siap boleh masak pelbagai menu asah skill masing masing. Tapi, mungkin ada juga yang terpaksa berkira kira untuk beli makanan untuk masak memandangkan pkp ni menghalang mereka bekerja.

Apapun, moga kita bersyukur dengan semua nikmat yang ada, hatta sekecil kecil nikmat sekalipun. Allah janji, kalau kita bersyukur, maka Dia akan tambah nikmat kurniaanNya. Moga kita dapat manfaatkan sepenuhnya nikmat yang kita ada, sebagai tanda syukur kepada Sang Pemberi Nikmat.
Dari nikmat yang kita ada tu, kita tolong orang lain. Contoh, kita ada rezeki dapat masak macam macam. Hulurkan sedikit buat jiran jiran atau mereka yang memerlukan. 

Contoh lain, kalau kita ada ruang dan masa untuk gunakan media sosial, kita tulis kita kongsi peringatan untuk sama sama baiki diri. Maklumlah, pkp ni kebanyakkan dari kita selalu aktif media sosial hehee.
Maka, nak ajak diri sendiri dan semua untuk sama sama menghargai nikmat masing masing, dan usaha sebaiknya untuk manfaatkan nikmat yang ada dan kumpul saham pahala buat bekal di sana kelak. Aminnnn

Mari kita semua berdoa moga Allah angkat wabak covid19 ni dari muka bumi, dan menjadi asbab untuk kita semua makin menghargai agama islam yang kita ada. Aminnn

Friday, 24 January 2020

H untuk Hamba



Post kalini nak share satu cerita. Pada suatu hari... Hehe


Ade satu hari, H scroll fb. Then H terjumpa satu video ceramah gitu laa. Ceramah tu start dgn kata alu aluan and doa oleh si penceramah sebagai pembuka bicara. And suddenly H bertakung (read: bergenang 😒) padahal baru opening kot.

Rupanya H rasa tersentuh. H rasa lama sangat tak join majlis ilmu dgr ceramah etc. Time tu laa H rasa bersyukur sangat dgn semua nikmat yg Allah bagi kat dia. Yang selalu H take for granted. H menangis last last. Video penceramah tu H dengar gitu je. Suara hati H lagi kuat dari suara penceramah tu hehe.

The rest is history.

Alaa kenapa tu kenapa? Pendek sangat cte H? Alaa nnti ada masa kita sembang lama sikit dgn H okayy? Hahaha.

Nak katanya, hidayah Allah tu bebila masa boleh sampai, dekat sesiapa je yang Allah nak bagi. Dengan Allah, takde ape yg mustahil. Mungkin pada pandangan kita, ish org tu boleh berubah 180 darjah? Tak mungkin tak mungkin. Tapi bila Allah kata Kun Fayakun, maka jadilah [2:117]

Point kat sini, kita jangan judge sesiapa atau pape. Semua yg jadi tu Allah dah susun baik punya. Mungkin ada moment kita question kan dgn apa yg jadi (Astaghfirullah, moga Allah ampunkan kita huhu). So kita kena cecepat istighfar dan doa bebanyak moga lapang hati dan redha dgn apa yg Allah tentukan.

Memang kekadang kita ni tak sabar dan tergesa gesa. Jgn risau, tu mmg sifat manusia. Allah ada mention dalam surah Al Anbiya' ayat 37. Means that Allah mmg acknowledge yg manusia ni sifat tergesa gesa. Tapi tu tak bermakna kita kena tergesa gesa and buat serabut semua benda. Benda boleh chill buat ape rushing? Gituuu

Moga Allah ampunkan dosa dosa kita
Yang besar mahupun kecil
Yang sedar mahupun tidak
Yang sengaja mahupun tak sengaja

Moga Allah terus memberi kita cahaya hidayah yang benar ilmu yang benar dan izinkan kita beramal dan amal diterima dan diredhai

Aminnn ya rabb al amin

Wednesday, 22 January 2020

Apa yang dikejar?

Bulan Januari dah nak habis dah.
Apa khabar azam semua org?
Still on going?
Ke dah start pancit?
haha
Chill laaaa
Baru first month jangan la give up.
Anggap je macam trial.
Keep going okaayyyyy 😎😎😎

Biasa la
Awal tahun je mesti bersusun azam kita tanam
Mungkin ada azam azam tahun sebelum yang masih belum dituai (you know what I mean hahaha)
Takpe jangan risau
Tanam azam tu percuma
Diri kita sendiri yang tanam yang baja yang tuai yang dapat hasil
Semua kita
Kot ada yang sesibuk nak judge azam kita
Kita senyum dan kata "Kita sama sama kejar azam memasing okay?"

Tapii tapi tapiiiii
Apa yang kita nak kejar sebenarnya?
atau apa yang PATUT kita kejar sebenarnya?
hmmmm tricky yeahhh
tak kisah pun nak kejar pape
tapiii kalau apa yang kita kejar tuu boleh tambah bekal kita untuk alam sana nantiii
lagi power laaa
means kita tak kejar benda untuk dunia je laa
kita kejar dedua
contoh eh contoh: kita nak kurus sebab nak senang beribadah (yeah cliche i know)
atau contoh lain: kita nak cari duit bebanyak sebab nak bayar hutang sebab taknak mati dalam hutang
haaa ikut la memasing punya preference
Semua tahu kan diri memasing
Yang pastinya kita semua tak sama
ada bahagian memasing pace memasing ujian dan nikmat memasing

and semalam ada someone share:
"Kita dengan Allah pun ada prestasi kita. Sama macam prestasi kerja. So kalau tak elok sikit macam tak best laa"
Deep kan? Tapi betul la.
Prestasi dengan Allah tu kita yang jaga kita yang nilai.
Takde siapa nak assess kita melainkan diri sendiri.
Kalau kita rasa prestasi kita dengan Allah belum capai KPI, kita usaha lagi lagi dan lagi.
Jangan give up okayyy?

Jom sesama kita usaha bebanyak banyak banyak nak kejar apa yang sepatutnya kita kejar.
Moga dipermudahkan πŸ’—

Friday, 17 January 2020

Susahnyaaaaa Sabar

Sabar

Cliche kan?
Bila pape jadi, nasihat paling common org akan bagi is untuk kita bersabar
Selalu dengar
Selalu ucap
Tapi nak sabar tu
Masha Allah
Susah betuuuul

Sebab tu Allah kata
Ganjaran orang yang bersabar ni: SYURGAAAAA
So one of the way nak masuk syurga is SABAR
Obviously tak mudah 
Sangat SUSAAAAAAH
Syurga tu indah, syurga tu mahal
Takkan semudah tu nak dapat masuk kan?

Sabar tu boleh dipupuk
and boleh jugak lenyap dalam sekelip mata
Selalunya kesabaran kita lebih teruji dengan orang yang dekat dengan kita
compare to dengan orang jauh dari kita
dengan orang dekat feel lebih sikit care lebih sikit sensitif pun lebih sikit
gitewwwww (ngadee jee 😜)

tapi yelaa
bila kesabaran tu dah nipis macam kulit bawang
kita akan buat akan cakap akan respons yang ntah pape
yang menyakitkan hati orang dan hati sendiri juga (haa padan muka πŸ˜”)
yang mana lepas tu diri sendiri menyesal
nak delete semua yang dah buat
but yeahh masa tu tak boleh patah balik
terima je la ape yang dah buat
menyesal and baiki mana silap
maafkan orang lain and diri sendiri 

So sama sama la kita berusaha
untuk jadi hamba yang sabar
yang tak menyakiti orang lain
yang tak question level sabar orang lain
yang tak condemn apa orang lain buat
NO NO NO
Just be yourself
Love yourself

Wednesday, 1 January 2020

Tahun baru


"Yang pergi tetap pergi, yang bakal tiba kita teruskan"

Penutup untuk tahun ini, hari yang terakhir untuk hari ini. Moga apa yang berlaku dalam hidup kita sepanjang tahun ni dapat bagi sedikit sebanyak pengajaran untuk kita gunakan untuk tahun baru yang bakal hadir beberapa jam je lg hehe.

Kita sendiri tau kan apa yang jadi dalam hidup kita, yang sedih yang gembira sepanjang tahun ni. Semua tu Allah dah aturkan, next perancangan hidup kita tahun baru ni pon dah tersiap rapi Allah aturkan cuma kita je tak lalui lagi. Apa yang jadi yang silap sebelum ni, kita nak menyesal pon tak boleh sebab benda dah jadi kan, tp jangan la pulak buat tak endah pastu ulang balik silap kita tu. Dari situ kita try untuk baiki, muhasabah balik apa silap kita kat situ, kenapa boleh jd macam tu, apa sepatutnya kita elak huhu sedih.

Pastu apa yang jadi pada kita yang pada kita benda tu baik, kita teruskan buat. Tingkatkan lagi try lg untuk tambah jadi lebih baik sikit demi sikit.  Yeahhh fighting! hehe.

Kita doa sesama moga tahun baru yang bakal tiba ni, kita tak lupa pada tujuan hidup kita, bukan hidup sekadar hidup tapi hidup bertujuan untuk hidup didunia sana dalam syurgaNya aamiinn.

SELAMAT TAHUN BARU 2020 ! MOGA HIDUP SENTIASA DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA DAN DIBERKATI ❤

❤πŸ’›❤πŸ’™

#latepost
#sorrywriter