Monday, 22 October 2018

H.A.T.I

Hati tu Allah yang pegang kan?

Even kau pernah gaduh dengan member sebab tersalah cakap whatsoever rasa macam takmaw kawan dah sebab annoyed tapi bila Allah dah takdirkan ukhuwah antara korang tetap akan terjalin, korang tak boleh buat apa. Percayalah!

Pernah dulu macam terasa gila dengan sorang member ni sebab dia tak suka something that Ive done tapi dia tak cakap pun. what did she do was dia upload status yg mmg rasa mcm kena tampar kaw kaw punya..so I texted her and mintak maaf everything bagitahu kenapa I did etc tapi sadly dia tak reply even sepatah. .so cm broken heart la gak kat situ. so I promised to myself takpelah leave her alone jgn kacau pape dah.

After a year or more I cant remember, tak tahu lah cemana tapi Allah gerakkan hati untuk comment her status. and she replied Masha Allah. Quite amazed gak time tu tapi yeahh like I mentioned before, hati tu Allah yang pegang. And ditakdirkan sebab ktorang ada common ground, we met and talk to each other like we never have such problem before! and surprisingly that was the first time we talk to each other in reality haha. .
 
so lets keep praying that Allah hold our hearts close to Him. Coz He is the one that stay forever, not our parents, family, sisters, friends etc.

p/s: moga ukhuwah yang terjalin berteraskan Dia :)

much love,
126 

Monday, 4 June 2018

19 Ramadhan

19 Ramadhan 1439H

Hmmmmm

Keluhan dilepaskan. Fikiran bercelaru.
Tetamu yang datang setahun sekali hampir pergi.
Namun perasaan taqwa masih ditakuk lama, atau mungkin kian pudar.
Tiada tangisan membasahi pipi sepanjang 19 hari yang lalu.
Sedangkan diri ini sering mengalirkan air mata sebelum sebelum ini.

Ya Allah.
Mengapa dengan diri ini?
Mengapa sepanjang bulan Ramadhan ini aku berehat?
List target telah dibuat namun tidak tercapai.
Bahan bacaan tarbawi telah dibaca namun tak diserap ke hati.
Berita kematian yang menghidupkan juga telah diselusuri.
Namun, masih tiada rasa yang terbit di hati.

Ya Allah.
Sesungguhnya aku amat memerlukanmu.
Aku perlukan kekuatan Ya Allah.
Pinjamkan kekuatan itu untuk aku terus bertahan.
Izinkan aku kembali kepadaMu Ya Allah.
Aku takut.
Aku takut amalanku selama ini hanya ibarat debu beterbangan.
Aku takut aku menjadi hambaMu yang masih sama, bahkan lebih menurun graf amal.
Nauzubillahiminzalik!

Ya Allah.
Di saat Ramadhan masih berbaki.
Izinkan kami beramal sehabis baik.
Kerna kami tidak tahu adakah kami sempat tiba di penghujung Ramadhan.
Atau adakah kami akan Kau izinkan untuk bertemu dengan Ramadhan seterusnya.
Ampunkan kami Ya Allah.
Pegang hati kami Ya Allah. Jangan Kau palingkan kami dari agamaMu ini.

Hamba yang memerlukan kekuatan,
NA

Wednesday, 9 May 2018

OVERWHELM


It is easier to advise people compare to advising your ownself.

semalam ada someone bagitahu dia tak tenang, overwhelm etc.
dengan pantas kata kata dihulurkan melalui alam maya..
surah ad dhuha dikongsi, memandangkan baru dengar Nouman Ali Khan punya video few days berulang ulang sebab diri sendiri pun ada rasa tak best.

Surah Ad Dhuha. .
pujukan Allah kepada Sang Nabi
yang sedang berdukacita setelah dimomokkan bahawa Allah tidak lagi menyayangi dirinya.
Baginda terusik dengan kata kata mereka yang tidak mentauhidkan Allah itu
memandangkan Allah tidak menurunkan wahyu selama beberapa ketika
Baginda sedih, rasa tak senang,
Andai kita bayangkan situasi tersebut
tidak mendapat khabar berita dari seseorang yang kita sayang
pasti kita tertanya tanya
apa salahku ? aku ada buat silap apa? dia dah tak sayang aku ke?
dan banyak lagi soalan yang akan menerjah kotak pemikiran kita.

lantas Allah turunkan surah Ad Dhuha ini, untuk memujuk Baginda
sekaligus menyangkal kata kata kaum musyrikin yang merobek perasaan seorang Nabi.

jadi seharusnya kita juga begitu
di kala emosi merudum hancur, kita ingatlah bahawa Allah selalu ada

*bagi nasihat kat diri sendiri
emosi tak stabil sebab baru lepas final presentation (insha Allah) tapi tak berapa bagus di kaca mata diri sendiri. tapi jauh di sudut hati, yakin bahawa itu adalah yang terbaik yang Dia telah tentukan.

moga moga terus yakin duhai hati.

#ramadhanhampirtiba
#masamakintamat
#secondchanceisrare
#donttakeitforgranted

Friday, 23 March 2018

U.J.I.A.N


Salam Jumaat. Salam Rejab.

Dah seminggu balik lepas #shortvacay. .
Nikmat yang dirasai sepanjang shortvacay sangat memberi kesan, tenaga. .rasa recharge alhamdulillah.

but again, diuji benda yang hampir sama cuma situasi agak berbeza.
wahai Allah, aku sungguh tak kuat :'(
Hanya Kau yang mampu beri kekuatan. . Aku taknak sakiti sesiapa, tapi aku tak mampu nak berpura pura. .Aku terasa. .yes thats it. .berdosakah aku ?

Hilangkan perasaan yang tak best dalam hati ni Ya Allah. .Aku sedih, aku stress bila fikir. .
Obviously aku masih belum HD ujian ni kan Ya Allah?
huhuuhu

Hanya padaMu aku mohon kekuatan .
Pinjamkan aku Ya Allah .

#soalhati
#pendamrasa