Wednesday, 8 April 2020

PKP

Peluang 

Bagi sesetengah orang, pkp ni dia akan nampak banyak peluang. Contohnya, peluang untuk kuruskan badan, untuk tolong orang lain, untuk tambah skill memasak, menjahit dan sebagainya.

Betul, kita memang kena bentuk diri kita supaya kita menjadi orang yang pandai menggunakan peluang yang ada. Macam sekarang mungkin kita dapat rasa ada peluang masa, maka kita kena gunakan masa sebaiknya, jangan sia siakan jangan bazirkan.

Bila sebut masa ni, selalu ingat hadis nabi:
“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.”  (HR Bukhari)

Kalau sesiapa yang masih belum berjaya untuk uruskan masa (cakap dengan cermin hehe), jangan putus asa. Teruskan usaha, peluang masih ada. πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

Kualiti

Kita dah ada peluang, maka kita kena gunakan sebaiknya. Kita ambil peluang tu dan gunakannya untuk capai apa jua impian kita, sama ada impian jangka masa singkat mahupun jangka masa panjang.

Contoh, kita bercita cita nak habiskan paling kurang sebuah buku dalam masa dua minggu pkp. Maka kita akan gunakan peluang masa yang ada, untuk capai cita cita kita tu. Apa yang penting, kita kena rancang tindakan kita sebaiknya supaya memudahkan kita capai cita cita kita. Kita kena cek kualiti rancangan kita tu, sesuai ke tak, realistik ke tak dan sebagainya. Kita mesti la nak buat benda yang berkualiti supaya hasil yang kita dapat pun tip top.

Prestasi

Kita dah ada peluang dan rancangan yang berkualiti, maka kita akan dapat tingkatkan prestasi kita yeayyyy!

Tak kisah laa apa pun peluang, rancangan mahupun cita cita yang kita ada, moga kita semua dapat sama sama capai peningkatan dalam prestasi masing masing. Bukan kerja je kita kena capai prestasi kpi tu semua. Diri kita pun kita kena letak target, supaya diri kita sentiasa ada proses pembaikan dan peningkatan. Kita taknak laa jadi orang yang sama je kan pada masa akan datang. Nak ke kita kekal sama tak berubah untuk 5 tahun akan datang? Mesti taknak kan. Mesti kita nak tambah nilai nilai positif yang akan menaikkan pencapaian diri kita, ke arah lebih baik.

Kesimpulannya, apa yang penting, moga kita balikkan semuanya kepada Sang Pencipta. Apa yang kita ada kita lalui harini, semua dari Dia. Jadi, sebaik baiknya kita jaga prestasi kita di hadapan Dia terutamanya. Moga dipermudahkan semuanya. ♥️

No comments:

Post a Comment