Wednesday, 26 October 2016

Listen and Lesson

"Wahai Tuhan kami. .kurniakan kami ilham dan hikmah dalam setiap yang kami lakukan dan bicarakan.."

wahai diri
adakah kau akan terus begini
terus membatu walaupun dunia makin kusut
makin serabut
kenapa ?
kenapa kau begitu ?
kerna
bila diri berbicara
bila diri meluahkan rasa
pasti ada yang terluka
pasti ada yang tarik muka
di mana silapnya
aku ?
atau dia ?
jangan tudingkan jari pada sesiapa
bila diri masih lemah bergantung padaNya
bila diri masih sering mencurah rasa bukan pada Yang Esa
bila diri masih rapuh di kala dicubit ujian dari Sang Pencipta
bila diri masih sibuk memikirkan masa hadapan yang samar pada pandangan mata manusia
serahkan saja pada si Dia
yakin pada perjalanan yang telah tersedia
sabar dan syukur adalah kuncinya
selamat malam dunia :')




Thursday, 18 August 2016

He LOVES us !

tulis edit padam. .

tulis edit padam. .

kosong. . . . .

Hectic sangat life since beberapa minggu lepas..Presentation quizzes experiment short test semua adaaaa. .well student kan. .phew phew..sebab tu tak sempat nak post memandangkan idea pun dtg dan pergi,ditambah dgn diri yg langsung tak arif untuk manage masa..hehe

"Pelik bila orang cakap tak cukup masa"

diam. .fikir. .angguk. .

Basically semua orang ada masa yang sama setiap hari: 24h. .
Ada orang boleh buat macam macam dalam masa dua jam contohnya, tapi ada jugak orang yang within that time satu soalan pun xboleh nak solve ..kenapa eh?*tanya diri sendiri*

Selalu sangat dengar, kalau nak uruskan masa, solat awal waktu. .insha Allah dapat keberkatan masa tu sebab kita dahulukan solat dari benda lain. .tapi kadang kadang, ada yang mengadu: "aku selalu kot solat awal waktu, tapi sama je. .aku tak boleh jugak nak susun masa aku". .hmmmm guane ni? nak cakap banyak pun tak boleh. .sebab diri sendiri masih struggle berperang dgn time management ni haaaa. .lets try together okayy??

Dalam kita struggle bersungguh sungguh untuk susun masa kita leklok tu, paling penting kena panjatkan doa kepadaNya sebab semua benda Allah yang pegang. .tak kisahla berapa banyak kursus time management kita attend ke pape ke, tapi kalau Allah tak izinkan, tak tersusun jugak kan masa kita. .Setuju tak ??


Bila sebut bab doa ni, terbaca dua ayat ni [surah Al-Ankabut,29: 65-66]. .Meh kita simplify kan ikut ape yg difahami. .Dalam ayat [29:65], Allah acknowledge hamba-hambaNya yang berdoa dengan penuh rasa pengabdian (ikhlas) kepada Allah. .That means doa yang betul betul harap Allah akan tolong. .tapi Allah sebut after that yang mereka ni kembali menyekutukan Allah once bila doa mereka dimakbulkan. .Allah sambung dalam ayat next tu yg mana mereka ingkar dengan apa yang Dia dah bagi. .Emosi yg dirasakan time baca ayat ni ialah seakan akan Allah dah tak kisah dengan golongan golongan yang macam ni bila Allah kata " silakan hidup bersenang lenang(dalam kekafiran)..Maka kelak mereka akan tahu akibatnya".Allahu..:'(

Rasa ayat ni kena dengan diri sendiri. .sebab selalu je bila time susah ke sedih ke ade masalah ke, bersungguh minta doa macam macam dekat Allah. .tapi bila Allah dah makbulkan, lupa diri, lupa nak bersyukur, lupa dah nak berdoa. .T_T. .

Kita semua hambaNya yang tak pernah lari dari buat dosa kan? tapi rahmat Allah lagi besar dari dosa-dosa kita..once He has give us the chance, lets grab it and ask His forgiveness. .so bila kita dah sedar yang kita ni selalu lupakan Dia bila dah dapat apa yang kita nak, sama sama kita minta ampun dengan Dia okay? and jangan lupa jugak. .bila kita tak dapat apa yang kita nak, tak semestinya Dia taknak layan kita. .Sebab respons Allah terhadap doa hamba hambaNya ade 3 jenis:

1) Aku akan makbulkan permintaanmu sekarang
2) Tunggu..Aku akan makbulkan permintaanmu tapi sekarang bukan masanya.
3)Aku tidak akan makbulkan permintaanmu ini. Tapi aku akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik

Awesomeeeee kan..:*)
So jangan give up untuk doa dekat Allah taww. .Dia akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak [Surah Al Baqarah 2:216]..jangan pernah rasa penat okayy. .sama sama bersyukur dengan apa yang Dia bagi, tak kira la nikmat atau musibah..sebab semua tu ujian dari Dia. .He really loves us <3





Sunday, 5 June 2016

Ramadhan datang lagi :)


Stop crying and keep smiling :D

Knock knock. .
Siapa tu?
Ramadhan ni. . 


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. .Still dapat chance untuk jumpa bulan Ramadhan tahun ni alhamdulillah. .Malam first Ramadhan ni ade rasa something. .Perasaan yang tak tahu nak describe macam mana. .tapi perasaan tu kacau jiwa kacau emosi. .Rasa takut ? maybe. .takut sebab tak tahu apa akan jadi Ramadhan kali ni. .apa Allah nak bagi, apa Allah nak tunjuk during this blessing month. .

Mampukah kita untuk nikmati 30 hari Ramadhan tahun ni?
Atau hanya separuh jalan?
Atau mungkin tak sempat pun nak berbuka esok?

Ade sesiapa nak jawab? Ade sesiapa yakin nak jawab? 
takde. .takde seriously takde. 
.sebab ape? sebab tu rahsia Allah. . Takde siapa pun tahu. .
once ajal someone dah sampai, nak halang pun xboleh, even sesaat. .

macam Allah dah mention dalam surah Yunus [10:49]:

"..Bagi setiap umat mempunyai ajal(batasan waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak mampu menunda atau mempercepatkannya walau sesaat pun"

Deep kan deep kan. . rasa macam kena tampar kejap. .dok sibuk sibuk dengan assignment report final exam etc, sampai kadang kadang lupa kain kapan sedang ditenun. .zapppp deep lagi. .bagus sebenarnya selalu kena "tampar" macam ni. .buat kita selalu ingat kepada hakikat sebenar. .hakikat apa?? hakikat yang hidup kat dunia ni kejap je. .kejap sangat. .life is short, so make it meaningful. .


Dalam sibuk kita prepare untuk exam, cuba check busy tak kita siapkan diri untuk kehidupan kita yang kekal abadi tu nanti?
Kalau kita boleh struggle, boleh stay up utk study, untuk pass exam, sanggup tak kita stay qiam utk jumpa Allah, yang cipta kita yang bagi kita semua nikmat yang kita ada sekarang ni? 
Diam. .Reflect diri sendiri. .

memandangkan Ramadhan dah datang ni, jom sama sama kita struggle untuk kumpul pahala sebanyak yang boleh insha Allah. .sekarang syaitan syaitan kena ikat kan, so takde alasan untuk salahkan dorang tu kalau kita malas buat kebaikan okayy. .lets grab this golden chance sebab kita tak tahu kan kita dapat jumpa dengan Ramadhan lagi ke tak tahun depan. .*nangis lagi*

okay dah dah stop crying and keep smiling pleaseeeee. .  lets do the best as we dont know what will happen in the future :')


Wednesday, 9 March 2016

F.O.B.I.A

Bismillahirahmanirrahim. . .

*Fuhhh fuhhh*
Berhabuk dah blog ni. .kalau machine yg berhabuk, dah kena guna blower la jawabnya. .k #hambar. .haha..:P
by the way sebenarnya memang tgh struggle nak polish semangat menulis ni. .kenapa?
alaaaaa kenapa tanya kenapa..susah nak jawab soalan tu. . haha. .tapi takpe insha Allah nanti akan di-revealkan kenapa okayy. . 

memandangkan ni post sulung *auchh macam anak sulung pulak ahhaha*  so ampun dipinta awal awal kalau post ni xberapa menarik perhatian anda anda sekalian. .sebenarnya nak share pasal fobia.. Fobia merupakan sejenis perasaan takut yang overload terhadap sesuatu. .Rupanya banyak jenis fobia dalam dunia ni baru tahu. .tapi dalam banyak banyak fobia, nak cerita pasal satu ni je, iaitu Athazagoraphobia. .haaaa cer teka ni fobia ape. . berbelit lidah nak sebut kan haha .actually Athazagoraphobia merupakan perasaan Takut dilupakan atau  tidak dipedulikan. . Haa ade tak korang fobia ni *sambil kenyit kenyit mata*. .Secara jujurnya mesti ada kan. .yelaaaa manusia kannn i feel u olls. .


Bila tahu pasal fobia ni, teringat kisah sebatang pohon tamar a.k.a kurma yang menangis ketika zaman Rasulullah SAW.. kisah ni sangat familiar dan sangat mengagumkan. .

Rasulullah SAW sering menggunakan sebatang pohon tamar sebagai mimbar untuk menyampaikan khutbah kepada umat islam. .Bila mana jumlah jemaah semakin bertambah, mimbar baru pun dibina utk membolehkan Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya dengan lebih selesa. .Suatu hari, kedengaran suara tangisan yang amat menyedihkan. .Rupa rupanya, tangisan itu datang dari pohon tamar yang dulunya digunakan Baginda sebagai mimbar. .

Maka, Rasulullah SAW datang mendekati pohon tamar itu lalu berkata :
"Jika kamu mahu, aku akan jadikan kamu dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada Allah SWT agar kamu akan menjadi pokok di syurga, supaya para wali Allah dapat memakan buah-buahmu."

Pohon tamar itu menjawab:“Saya memilih untuk ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga supaya wali-wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat dimana saya kekal di dalamnya .” Lalu tangisan itu pun berhenti. 

Rasulullah SAW menceritakan kisah tersebut kepada para sahabatnya. . Baginda berkata: “Pohon tamar itu memilih negeri yang kekal (syurga) berbanding negeri yang fana (dunia)  ini!” 
Maka pohon tamar itu ditanam berdekatan mimbar dan dikatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga kelak..*senyum*

Pergh pergh. .amazed kan dengan pohon tamar tu. .jelesss pun ada. . mana taknya, pohon tamar tu boleh nangis kot sebab rasa dilupakan Rasulullah SAW bila dah tak digunakan sebagai mimbar. .nangis bukan biasa biasa pulak tu. .ni kes nangis macam baby yang memang sedih pedih menyayat hati punya sedih. .nak compare kan dengan manusia, *especially diri ni* memang macam langit dengan bumi, bulan dengan matahari, Malaysia dengan Ausiee. .eh??

kisah ni bukan je dijadikan lagu (hehehe) tapi jugak buat kita reflect dengan diri kita balik. .Athazagoraphobia pohon tamar ni sama tak dengan kita ?? *angkat kening* kalau pohon ni boleh sedih, takut sebab rasa Rasulullah SAW dah lupakan dia, kita ni ape cite? Allah SWT dah mention dah yang kita ni (manusia) adalah sebaik baik kejadian [Surah At-Tinn,95:4]. .

So supposedly kita ni lebih lebih lagi rasa sedih dari pohon tamar tu sebab Rasulullah dah takde..:'( Kalau pohon tu sedih even dah jumpa dengan Baginda, kita ni patutnya lagi sejuta kali ganda kena sedih sebab takde kesempatan tu. .kalau pohon tamar tu dah konfem2 akan jumpa Baginda kat syurga sana, kita ni yang dosa bertimbun lagi takkan still nak fobia dok risau orang tu lupa aku, orang sana dah tak care dengan aku, tu orang tu pun dah tak sayang aku . .Hello hello !!! dari busy fikirkan semua tu, jom sesama kita ingat Rasulullah SAW yang selalu rindukan kita, even Baginda tak pernah pun jumpa kita macam pohon tamar tu. . paling kurang selawat ke atas Baginda setiap hari okay? sebab nanti kat akhirat sana kita nak la berdiri di bawah panji panji Baginda, sekaligus dapat masuk syurga yang indah damai aman tenteram tu. . BESTNYAAAAA. . :D