syurga tu mahal kan? nak dapat tiket masuk tu perlukan usaha yg gigih, bukan setakat sembang kencang :P
Wednesday, 1 January 2020
Tahun baru
"Yang pergi tetap pergi, yang bakal tiba kita teruskan"
Penutup untuk tahun ini, hari yang terakhir untuk hari ini. Moga apa yang berlaku dalam hidup kita sepanjang tahun ni dapat bagi sedikit sebanyak pengajaran untuk kita gunakan untuk tahun baru yang bakal hadir beberapa jam je lg hehe.
Kita sendiri tau kan apa yang jadi dalam hidup kita, yang sedih yang gembira sepanjang tahun ni. Semua tu Allah dah aturkan, next perancangan hidup kita tahun baru ni pon dah tersiap rapi Allah aturkan cuma kita je tak lalui lagi. Apa yang jadi yang silap sebelum ni, kita nak menyesal pon tak boleh sebab benda dah jadi kan, tp jangan la pulak buat tak endah pastu ulang balik silap kita tu. Dari situ kita try untuk baiki, muhasabah balik apa silap kita kat situ, kenapa boleh jd macam tu, apa sepatutnya kita elak huhu sedih.
Pastu apa yang jadi pada kita yang pada kita benda tu baik, kita teruskan buat. Tingkatkan lagi try lg untuk tambah jadi lebih baik sikit demi sikit. Yeahhh fighting! hehe.
Kita doa sesama moga tahun baru yang bakal tiba ni, kita tak lupa pada tujuan hidup kita, bukan hidup sekadar hidup tapi hidup bertujuan untuk hidup didunia sana dalam syurgaNya aamiinn.
SELAMAT TAHUN BARU 2020 ! MOGA HIDUP SENTIASA DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA DAN DIBERKATI ❤
❤💛❤💙
#latepost
#sorrywriter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment