Ramadhan.
Kalau sebut ramadhan, apa benda first yg korang akan ingat?
Puasa
Terawikh
Bazaar (tapi kita tahun ni takde 😢😂)
Ni antara benda yg paling banyak org sebut bila kaitkan dengan ramadhan.
Dan tahun ni alhamdulillah kita dapat rasa pengalaman yang berbeza dari tahun tahun sebelumnya.
Takde bazaar yang menghidangkan pelbagai juadah.
Takde majlis berbuka puasa beramai ramai.
Dan paling terasa sebab tak boleh solat terawikh dekat surau atau masjid.
Sebaliknya,
Makin ramai yang jadi tukang masak serba boleh.
Makin ramai yang mampu menjadi imam buat keluarga.
Dan kesan positif lain disebabkan PKP ni.
Jadi kita dapat lihat.
Setiap yang berlaku tu pasti akan ada hikmah sebaliknya.
Mungkin untuk kita terima dan jumpa hikmah tu ambil masa, tapi kalau kita yakin dan cuba, insha Allah akan jumpa.
Selamat mencuba untuk mencari hikmah dalam setiap ketentuanNya.
Pada mulanya mungkin akan rasa sakit rasa sedih, tapi insha Allah. Apa yang Allah tentukan tu semua yang terbaik untuk setiap satu dari kita.
Allah takkan uji kalau kita tak mampu.
Allah takkan bagi kalau Dia tak sayang.
Salam 6 Ramadhan 1441H.
Moga Allah terima segala amal.
Moga jiwa yang sedang lemah menjadi kuat.
Moga diri yang sedang rebah akan bangkit.
Moga moga.
No comments:
Post a Comment