6 May 2020
1/3 Ramadhan telah berlalu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan suka memberi keampunan, maka ampunkanlah kami.
Terima kasih ya Allah kerana masih izinkan iman wujud dalam hati kami.
Walaupun kami tak bersegera dalam menyahut panggilanMu, sesegera kami menyahut panggilan duniawi.
Walaupun kami lebih cepat rasa bersalah sesama manusia, berbanding rasa berdosa terhadapMu
Walaupun kami lebih gigih berusaha membaiki hubungan sesama manusia, berbanding membaiki hubungan denganMu.
Ampunkan kami Ya Allah Ya Ghaffur.
Ampunkan kami Ya Allah Ya Rahim.
Terima kasih sedarkan kami ya Allah.
Pegang hati kami ya Allah.
Bantu kami ya Allah.
Tiada daya dan kekuatan kami melainkan dari Engkau Yang Maha Kuat.
Izinkan kami mendahulukan Engkau melebihi apa pun dalam setiap satu perkara, yg kecil mahupun perkara besar.
Izinkan kami redha dalam semua ketentuanMu.
Izinkan kami belajar dan menemukan hikmah di sebalik sesuatu yg Kau takdirkan buat kami.
Kami lemah ya Allah.
Kami tiada daya.
Ampunkan kami ya Allah.
Ampunkan kami.

No comments:
Post a Comment