syurga tu mahal kan? nak dapat tiket masuk tu perlukan usaha yg gigih, bukan setakat sembang kencang :P
Wednesday, 9 May 2018
OVERWHELM
It is easier to advise people compare to advising your ownself.
semalam ada someone bagitahu dia tak tenang, overwhelm etc.
dengan pantas kata kata dihulurkan melalui alam maya..
surah ad dhuha dikongsi, memandangkan baru dengar Nouman Ali Khan punya video few days berulang ulang sebab diri sendiri pun ada rasa tak best.
Surah Ad Dhuha. .
pujukan Allah kepada Sang Nabi
yang sedang berdukacita setelah dimomokkan bahawa Allah tidak lagi menyayangi dirinya.
Baginda terusik dengan kata kata mereka yang tidak mentauhidkan Allah itu
memandangkan Allah tidak menurunkan wahyu selama beberapa ketika
Baginda sedih, rasa tak senang,
Andai kita bayangkan situasi tersebut
tidak mendapat khabar berita dari seseorang yang kita sayang
pasti kita tertanya tanya
apa salahku ? aku ada buat silap apa? dia dah tak sayang aku ke?
dan banyak lagi soalan yang akan menerjah kotak pemikiran kita.
lantas Allah turunkan surah Ad Dhuha ini, untuk memujuk Baginda
sekaligus menyangkal kata kata kaum musyrikin yang merobek perasaan seorang Nabi.
jadi seharusnya kita juga begitu
di kala emosi merudum hancur, kita ingatlah bahawa Allah selalu ada
*bagi nasihat kat diri sendiri
emosi tak stabil sebab baru lepas final presentation (insha Allah) tapi tak berapa bagus di kaca mata diri sendiri. tapi jauh di sudut hati, yakin bahawa itu adalah yang terbaik yang Dia telah tentukan.
moga moga terus yakin duhai hati.
#ramadhanhampirtiba
#masamakintamat
#secondchanceisrare
#donttakeitforgranted
Subscribe to:
Posts (Atom)