Thursday, 18 May 2017

L.U.P.A

Buat assigment sambil berbalas whatsapp. Si sahabat sedang berada di restoran. Hari sudah malam.
At one point, whatsapp tak dibalas.
After half an hour, masih tiada balasan. Status sahabat: online. .
After an hour, last seen a few minutes ago tapi whatsapp masih tak dibaca apatah lagi dibalas.
Hati mula risau. Perasaan bercampur baur.

Kenapa dia tak read even online?
Dia okayy tak ?
Dah malam ni. .ade pape jadi ke ?

Tadaaaaa. . .after two hours and a half..dua tanda tick menjelma pada barisan whatsapp yg dihantar, tanda sudah dibaca. alhamdulillah. lega
dah sampai rumah rupanya. tak sempat balas sebab khusyuk dengar cerita .
utk org yg tengah emosi bercampur baur, alasan tu susah nak terima. .tak logik. .haha

Bila rasa rasional, then baru boleh terima alasan..memang patut pun la khusyuk..cerita bermanfaat. .plus yang bercerita pun hebat masha Allah..thats good. .

"Its easier to motivate others than ourselves"

Senang nak cakap kat orang suruh chill bagai tapi diri sendiri tak mampu nak chill. .
Senang nak cakap kat orang kita okay padahal diri sendiri tgh tahan nafsu marah. .

Manusia.. 

Senang nak rasa risau bagai nak rak bila orang tak reply whatsapp. .
Senang nak rasa sedih heartbreak bila orang tak dengar cerita kita. .
Senang nak rasa emo bila orang banyak bagi alasan and tak tepati janji. .

Tapi

Pernah bayangkan tak macamana Allah rasa bila kita tak baca surat cinta yang Dia bagi untuk kita?
Ada Allah nak marah kita bila kita tak baca surat Dia sehari?
Ada Allah nak tarik sekaligus semua nikmat yang Dia bagi  bila kita lupa Dia?
Ada Allah nak turunkan bala direct bila kita tak tepati janji kita buat dengan Dia ?

Takde !!

Dia selalu ada dengan kita. .kita je yang selalu LUPA. .
Terlalu sibuk risau dengan benda yang tak pasti. .
Sampai goyah tali pergantungan pada Ilahi. .
Huhuu. .I feel bad. .worse. .
Mungkin akibat dah lama tak bangun malam. .:'(

Doakan saya. .doakan kita semua. .
Moga Allah ampunkan kita semua. .

"Tuhanmu tidak meninggalkanmu. .dan Dia dapati engkau mencari kebenaran, maka DIa memberikanmu petunjuk" [Ad Dhuha 93:3-7]

Monday, 8 May 2017

P.E.L.U.A.N.G


"Kau salah ni. ."
"Kau tak patut buat macamtu. ."
"Kau sepatutnya tak cakap macamni. ."
"Kau tahu tak kau dah lukakan hati aku? "

Lately ni ayat ayat atas ni sangat banyak menerpa telinga. Pedih😭😭😭
Kenapa pedih ? Sebab kenyataan. .
Kenyataan bila diri sendiri buat salah. And salah tu perlu diperbetulkan. .
Bila mula mula dengar, rasa macam nak lawan. .rasa macam nak defend diri. .Tapi tak boleh. .
Sebab yang salah tetap salah. .Mana mungkin benang yang basah dapat ditegakkan kan ?

Tapi bila dah cool down, relax, fikir balik. .Hebatnya Allah. .
Dia datangkan orang orang yang berani tegur and bagitahu kenyataan yang benar, walaupun pahit utk diterima pada mulanya.. 
rasa macam refreshing. .rasa macam "re-born". .
rasa macam kita buat silap, and kita still mampu untuk baiki kesilapan tu. .
Macam dapat peluang kedua. .

Bukan senang utk terima kritikan orang kan ?
But just imagine. .
Sekarang, as in kat dunia ni, kita still ada orang yang nak tegur kesilapan kita. .
Cuba bayangkan, first time kita sedar apa yang kita buat tu salah adalah time kita dapat buku amalan kita nanti . .
Allahu. .
Kalau time tu baru kita tahu kita salah.
Baru sedar kita dah sakitkan hati orang lain.
Baru kita nampak perangai kita menghalang perjalanan dnt orang lain. .
Nauzubillahiminzalik. 

Alhamdulillah diri ini diberikan peluang kedua untuk perbaiki kesilapan diri. .
Doakan mudah mudahan berjaya perbaiki diri and tak ulang kesilapan yang sama . .
Insha Allah. .







Thursday, 4 May 2017

Nota buat diri

Emosi teruji.Cedera.
Ujian berat dirasakan minggu ini : NIAT
A few people bertanyakan soal niat. soal mengapa diri ini berbuat.
Soalan yg nampaknya mudah. Tapi pedih.
Mungkin kerana diri ini terlalu memandang gerangan siapa yang bertanya.

"Pasang niat betul-betul..Cukup."
"Awak mesti buat lillah kan"

Short and precise. Deep.
Mungkin kerana emosi sedang sakit ketika itu.
Kalian  tidak salah kerana bertanya.
Diri ini yang salah kerana membenarkan cas negatif menembusi akal dan hati.

Wahai diri,
Bangun.
Jangan biarkan dirimu hanyut lagi.
Seperti masa lalu.
Yang membunuh dirimu.
Diam diam.
Perlahan lahan.
Tanpa kesan.

Wahai diri,
Abaikan bisikan itu.
Usaha sesungguh sungguhnya.
Agar kau redha dengan semuanya.
Agar tiada sesalan.
Agar kau yakin.
Segalanya berlaku kerana Tuhan.

Wahai diri,
Teruskan berpegang pada janji.
Bukan sahaja pada manusia
Tapi juga pada si Dia Yang Maha Mengetahui
Jangan kau harap mereka setia
Andai kau tidak cukup setia dengan Dia
Jangan kau rasa kecewa bila janji dimungkiri
Selagi kau belum mengimani janjimu sendiri:
"Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku, LILLAH"

Wahai diri,
Ingat satu kata : P.R.I.O.R.I.T.Y
Andai kau rasa benar penting
Andai kau rasa bukan benda asing
Adakah kau telah berusaha utk mencapainya ?
"Dia nombor satu!" - cliche
Tapi itu hakikat
Hanya Dia mampu mengubah segalanya.
Hanya Dia mampu menyapu pergi air mata.
Hanya Dia mampu mengusir amarah dalam dada.
Hanya Dia.

Wahai diri,
Ingatlah Dia sentiasa ada.
Berhenti berharap pada manusia.
Berharap pada Dia
Bersangka baik pada Tuhan.
Mohon kekuatan, ampunan dan rahmat Tuhan.
Moga terpilih dalam kalangan hamba kesayangan.

Selamat malam dunia.
Semoga esok tiada lagi hujan.
Yang ada hanya sinaran sang suria.
Atau pelangi di balik awan.
Amin.