Monday, 6 November 2017

Exam lagi

Minggu ni dah mula musim exam. SPM degree master semua lah. .Good luck everibadeh πŸ’ͺπŸ’ͺ

Bila musim exam ni lah selalunya ramai yang stress takut tak sempat cover takut tak hafal blank bla bla bla. .termasuk lah diri ini huhu. .

Personally kalau diri ni, selalu akan give up last minute. .Pelik kan ??
Orang lain selalu pecut time final lap, tapi yang menulis ni tak. .
Selalu sangat give up time final lap, even dah buat macam macam before tu. .
At the final lap, zooop. .hilang semangat yang berkobar kobar before tu. .
ITS REALLY WEIRDO !!

Maka dengan itu, ada jugak try cari the core of all these things. ceyy bajet .
Pastu Allah izinkan untuk dengar satu sharing ni. .
"Kerja kita is usaha. Result semua tu dah lama Allah tulis. He will take care of it"

Chop !!
Usaha-result..
Dua benda ni macam pair dah kan. .like kalau kau akan dapat apa yang kau usaha. .
Tapi mesti korang pun pernah kan, dah usaha konon konon to the max level dah, tapi result suam suam kuku. .
And ada jugak masa kau tak usaha kau rasa memang confirm ke laut tapi tetiba result kau gempak tahap pelajar cemerlang ..Pernah kan ?
Serious benda tu tak mustahil pun weyh . .

Ada orang pernah nasihat. .for example kau nak jawab exam la kan, kau baca doa and kau kena ingat, apa yang kau jawab tu is apa yang Alah izinkan, its not because YOUR EFFORT pun !
so janganlah bajet bajet, "aku confirm boleh jawab soalan ni sebab aku dah master dah semua quiz tutorial subject ni  (sambil muka confident)"

Come on people !
Tu semua kerja Allah. .
Boleh jadi je kita usaha gila gila sekali time exam blank habis. .pheww. .sedih beb !
So tak mustahil jugak kita tak usaha tak buat revision bagai tapi time exam tetiba datang ilham untuk jawab soalan dengan tepat dan padat !

" (Allah) pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya akan berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu. [2:117]

Sebab Allah Maha Berkuasa. Dia akan bagi apa yang terbaik untuk setiap hamba hambaNya. Takde apa yang mustahil untuk Allah, even kita rasa benda tu impossible !

Jadi, marilah kita berusaha bersungguh sungguh. Bukan untuk exam dunia ni je, untuk semua benda lah. especially untuk kehidupan akhirat nanti. .

Usaha and tawakal jugak pada Allah. .
Serah dekat Dia. .and mintak juga supaya Allah izinkan kita redha dengan segala yang Dia telah tentukan. .Sebab apa yang Dia tentukan tu dah confirm confirm TERBAIK untuk kita semua πŸ’•πŸ’•

May Allah ease all of you (and me too) in everything we do :)

Yang masih berusaha,
masih merantau

Wednesday, 18 October 2017

R.A.H.M.A.T

Harapan.
Impian.
Cita cita.
Nampak sama.

Kita takkan berjaya capai impian mahupun cita cita andai bukan kerana rahmat Dia
Setuju ?

Lately rasa rahmat Allah tu besar sangat. .yes obviously memang sepatutnya rasa macam tu pun kan. .I know. .But yeahh diri ni manusia yang selalu lupa. .

Theres a lot of thing that happened that make me ponder. .
Kenapa sekarang dah tak macam dulu?
Kenapa orang tu berjaya macamtu?
Kenapa dia macamni?

satu je..sebab kuasa Dia. .sebab rahmat dari Dia. .
Dia Maha Kuasa. .Dia Maha Agung.
Adakah kau lupa ?
Jangan !!
Andai terlupa, cepat patah balik. .meh sini meh. .
kita kembali ke pangkal jalan. .

Dunia ni macam RnR je. .sekejap je. .
tempat untuk belajar .tempat untuk persiapkan diri. .
untuk menuju ke destinasi yang kekal abadi. .

Redhakan hati untuk terima dan mensyukuri rahmat Dia. .
Moga sentiasa dirahmati . Selalu.

Katakanlah "Wahai hamba hambaku yang melampaui batas terhadap mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa dosa semuanya. Sungguh Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang." [39:53]

First time got this ayat from someone who really close to me last year. .Now different world separate us sobs sobs haha. .May Allah protect her always. .

Btw ayat ni sangat best. .baru je tilawah surah Az zumar a few days ago. and this time baca rasa something different on this ayat. .sebab serious rasa give up rasa lose hope sangat sangat sebab rasa tak mampu nak hadap a few things that happened to me. .plus a person that always motivate myself pun being busy and have no time to sooth me anymore haha..tapi tu laa. .memang bukan tempat sepatutnya pun untuk mintak semangat kahkah. .Allahkan ada :)

Bila memang serious give up rasa xde harapan nak berjaya. .memang rasa akan fail in everything i do. . then Allah gerakkan hati to read this ayat. .pergh nangis weyh ! memang rasa kena la dgn diri sendiri yang dah overboard. .

Ayat ni Allah start dgn acknowledgement on His hamba yang confirm akan ada je yang melampaui batas terhadap diri sendiri. .means border yang masing masing letak, setiap orang tak sama. .Allah tahu hamba hamba Dia ni macam macam. .Allah tegur general, no specific mistakes. . then Allah sambung dengan bagi peringatan untuk jangan berputus asa dari rahmat Dia. .even hamba hamba Dia banyak buat salah banyak doa, Allah cakap takpe. .jangan putus asa. .Rahmat Allah ada..Dia akan ampunkan semua dosa. .sebab Dia Maha Pengampun Maha Penyayang. . Its really soothing kan ?

Hopefully this ayat will give me and all of us some motivation :D
Takmo give up give up okayy. .we can do thisπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Wednesday, 2 August 2017

E.M.O.S.I

Ketika entry ini ditulis, dia sedang berperang dengan berbagai perasaan. .

Ada tikanya dia rasa sebak, ada tikanya dia rasa riak. .
Ada tikanya dia rasa penuh ego, ada tikanya dia rasa syukur. .
Ada tikanya dia rasa sunyi, ada tika dia rasa disayangi. .
Ada tikanya dia rasa sangat diuji, ada tikanya dia rasa sangat happy. .

Emosi. .

Satu anugerah Allah yang jarang disyukuri. .
Bila ujian yang dirasakan susah menimpa diri, baru sibuk mencari Ilahi. .
Sedangkan ujian itu adalah nikmat. .
Tidak kira mudah atau payah. .
Ianya ujian. .Tanda kasih sayang Sang Pencipta terhadap para hambaNya. .

Kenapa aku yang kena lalui semua ni ?
Kenapa aku dapat bukan apa yang aku nak ?

Sebab. .Allah sayang awak <3
yes. .AWAK. .
Allah sayang awak. .
Allah dah janji. .Allah tak kejam. .

Allah akan bagi apa yang kita perlu, yang kita mampu lalui [2:286]

Mungkin apa yang kita hadapi sekarang, kita tak nampak mana hikmahnya. .
Tapi yakinlah, setiap yang berlaku PASTI ada hikmah (nampak cliche kan πŸ™Š)
Terima dengan yakin. .Mohon kekuatan dari Yang Maha Kuat. .
Cuba untuk cari hikmah di sebalik semua yang berlaku. .

Mungkin juga apa yang berlaku adalah cara Allah menjawab doa kita pada suatu masa dulu.
Contohnya, kita dah lama doa nak jadi kurus,
 jadi Allah izinkan kita untuk buat kerja yang memerlukan banyak pergerakan yang membantu kita kurus tanpa perlu bersenamπŸ’ͺ
Haa nampak tak . .
Kita  merungut kenapa banyak sangat kerja, penat sangat sampai tak selera nak makan. .
Padahal tanpa sedar, Allah tengah jawab doa kita. .
Kita lupa. .kita yang mintak, bila Allah bagi kita merungut. .Ish ish

Maka dengan itu, moga kita sentiasa jadi hambaNya yang bersyukur ..
Kalau bersyukur, Allah tambah lagi nikmat [14:7] . .
And kena ingat, ujian tu pun nikmat. .
Takmo fikir banyak banyak sangat okayy. .
coz overthinking will hurt yourself slowly (ceewahhh nampak sangat biasa buat haha :P)

#syukurAllahmasihsayang
#jagadirijagaimanjagaemosi





Thursday, 15 June 2017

F.I.N.A.L

tweet tweet. .

Bunyi whatsapp notification.

"Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan. ."

copp. .10 malam terakhir Ramadhan??
Allahu. . cepatnya masa berjalan. .
macam baru je tarawih first ramadhan semalam. .😒😒

bila tengok Ramadhan goals. .
banyak lagi tak settle. . *nangis*
aim xbyk pun, tapi tak tercapai jugak lagi. .

So, lets do it. .
Whether we make it, or we lose it. .

Kalau selalu mengantuk je terus tidur, 
try la utk tahan time final lap ni. .
walaupun memang mengantuk tu  dugaan terbesar saat saat genting macam ni.

Tengok balik Ramadhan goals yg kita tulis time awal Ramadhan. .
try utk buat even sikit. .
Niat tu penting..
Insha Allah Dia akan mudahkan. .

Final EXAM VS Final RAMADHAN
Utk yang tgh berjuang utk final exam *kita serupa ~*
May Allah ease usπŸ’“
Moga moga keberkatan Ramadhan ni dapat mudahkan urusan kita semua <3
Moga kita dapat seimbangkan study dan amal ibadah 
oh yeaaa study pun ibadah juga kalau kita niatkan kerana Allah :D

LETS DO THIS 
BETTER LATE THAN NEVERRR !!

-Salam 20 Ramadhan-

Thursday, 18 May 2017

L.U.P.A

Buat assigment sambil berbalas whatsapp. Si sahabat sedang berada di restoran. Hari sudah malam.
At one point, whatsapp tak dibalas.
After half an hour, masih tiada balasan. Status sahabat: online. .
After an hour, last seen a few minutes ago tapi whatsapp masih tak dibaca apatah lagi dibalas.
Hati mula risau. Perasaan bercampur baur.

Kenapa dia tak read even online?
Dia okayy tak ?
Dah malam ni. .ade pape jadi ke ?

Tadaaaaa. . .after two hours and a half..dua tanda tick menjelma pada barisan whatsapp yg dihantar, tanda sudah dibaca. alhamdulillah. lega
dah sampai rumah rupanya. tak sempat balas sebab khusyuk dengar cerita .
utk org yg tengah emosi bercampur baur, alasan tu susah nak terima. .tak logik. .haha

Bila rasa rasional, then baru boleh terima alasan..memang patut pun la khusyuk..cerita bermanfaat. .plus yang bercerita pun hebat masha Allah..thats good. .

"Its easier to motivate others than ourselves"

Senang nak cakap kat orang suruh chill bagai tapi diri sendiri tak mampu nak chill. .
Senang nak cakap kat orang kita okay padahal diri sendiri tgh tahan nafsu marah. .

Manusia.. 

Senang nak rasa risau bagai nak rak bila orang tak reply whatsapp. .
Senang nak rasa sedih heartbreak bila orang tak dengar cerita kita. .
Senang nak rasa emo bila orang banyak bagi alasan and tak tepati janji. .

Tapi

Pernah bayangkan tak macamana Allah rasa bila kita tak baca surat cinta yang Dia bagi untuk kita?
Ada Allah nak marah kita bila kita tak baca surat Dia sehari?
Ada Allah nak tarik sekaligus semua nikmat yang Dia bagi  bila kita lupa Dia?
Ada Allah nak turunkan bala direct bila kita tak tepati janji kita buat dengan Dia ?

Takde !!

Dia selalu ada dengan kita. .kita je yang selalu LUPA. .
Terlalu sibuk risau dengan benda yang tak pasti. .
Sampai goyah tali pergantungan pada Ilahi. .
Huhuu. .I feel bad. .worse. .
Mungkin akibat dah lama tak bangun malam. .:'(

Doakan saya. .doakan kita semua. .
Moga Allah ampunkan kita semua. .

"Tuhanmu tidak meninggalkanmu. .dan Dia dapati engkau mencari kebenaran, maka DIa memberikanmu petunjuk" [Ad Dhuha 93:3-7]

Monday, 8 May 2017

P.E.L.U.A.N.G


"Kau salah ni. ."
"Kau tak patut buat macamtu. ."
"Kau sepatutnya tak cakap macamni. ."
"Kau tahu tak kau dah lukakan hati aku? "

Lately ni ayat ayat atas ni sangat banyak menerpa telinga. Pedih😭😭😭
Kenapa pedih ? Sebab kenyataan. .
Kenyataan bila diri sendiri buat salah. And salah tu perlu diperbetulkan. .
Bila mula mula dengar, rasa macam nak lawan. .rasa macam nak defend diri. .Tapi tak boleh. .
Sebab yang salah tetap salah. .Mana mungkin benang yang basah dapat ditegakkan kan ?

Tapi bila dah cool down, relax, fikir balik. .Hebatnya Allah. .
Dia datangkan orang orang yang berani tegur and bagitahu kenyataan yang benar, walaupun pahit utk diterima pada mulanya.. 
rasa macam refreshing. .rasa macam "re-born". .
rasa macam kita buat silap, and kita still mampu untuk baiki kesilapan tu. .
Macam dapat peluang kedua. .

Bukan senang utk terima kritikan orang kan ?
But just imagine. .
Sekarang, as in kat dunia ni, kita still ada orang yang nak tegur kesilapan kita. .
Cuba bayangkan, first time kita sedar apa yang kita buat tu salah adalah time kita dapat buku amalan kita nanti . .
Allahu. .
Kalau time tu baru kita tahu kita salah.
Baru sedar kita dah sakitkan hati orang lain.
Baru kita nampak perangai kita menghalang perjalanan dnt orang lain. .
Nauzubillahiminzalik. 

Alhamdulillah diri ini diberikan peluang kedua untuk perbaiki kesilapan diri. .
Doakan mudah mudahan berjaya perbaiki diri and tak ulang kesilapan yang sama . .
Insha Allah. .







Thursday, 4 May 2017

Nota buat diri

Emosi teruji.Cedera.
Ujian berat dirasakan minggu ini : NIAT
A few people bertanyakan soal niat. soal mengapa diri ini berbuat.
Soalan yg nampaknya mudah. Tapi pedih.
Mungkin kerana diri ini terlalu memandang gerangan siapa yang bertanya.

"Pasang niat betul-betul..Cukup."
"Awak mesti buat lillah kan"

Short and precise. Deep.
Mungkin kerana emosi sedang sakit ketika itu.
Kalian  tidak salah kerana bertanya.
Diri ini yang salah kerana membenarkan cas negatif menembusi akal dan hati.

Wahai diri,
Bangun.
Jangan biarkan dirimu hanyut lagi.
Seperti masa lalu.
Yang membunuh dirimu.
Diam diam.
Perlahan lahan.
Tanpa kesan.

Wahai diri,
Abaikan bisikan itu.
Usaha sesungguh sungguhnya.
Agar kau redha dengan semuanya.
Agar tiada sesalan.
Agar kau yakin.
Segalanya berlaku kerana Tuhan.

Wahai diri,
Teruskan berpegang pada janji.
Bukan sahaja pada manusia
Tapi juga pada si Dia Yang Maha Mengetahui
Jangan kau harap mereka setia
Andai kau tidak cukup setia dengan Dia
Jangan kau rasa kecewa bila janji dimungkiri
Selagi kau belum mengimani janjimu sendiri:
"Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku, LILLAH"

Wahai diri,
Ingat satu kata : P.R.I.O.R.I.T.Y
Andai kau rasa benar penting
Andai kau rasa bukan benda asing
Adakah kau telah berusaha utk mencapainya ?
"Dia nombor satu!" - cliche
Tapi itu hakikat
Hanya Dia mampu mengubah segalanya.
Hanya Dia mampu menyapu pergi air mata.
Hanya Dia mampu mengusir amarah dalam dada.
Hanya Dia.

Wahai diri,
Ingatlah Dia sentiasa ada.
Berhenti berharap pada manusia.
Berharap pada Dia
Bersangka baik pada Tuhan.
Mohon kekuatan, ampunan dan rahmat Tuhan.
Moga terpilih dalam kalangan hamba kesayangan.

Selamat malam dunia.
Semoga esok tiada lagi hujan.
Yang ada hanya sinaran sang suria.
Atau pelangi di balik awan.
Amin.


Monday, 10 April 2017

R.E.D.H.A

Bila tanggungjawab yang ada melebihi masa yang ada, plus sifat malas yang tak hilang hilang, maka dengan itu, jarang dapat menulis kat sini :'(

Walaupun sekarang tgh acah acah nak siapkan kerja yang menggunung tinggi, tapi nak share something jugak..Tak berapa menarik mungkin, tapi diri ini terkesan dgn apa yg jadi .. ke mungkin sebab diri ni highly emotional kot ??

Masa terus berjalan..siapa lambat kena tinggal..takde siapa mampu putar balik masa, melainkan dengan izinNya..
Dengan berputarnya detik waktu, keadaan sekeliling juga berubah..kalau tak banyak pun, sikit mesti ada yang berubah dan tak sama dengan sebelumnya.
Contohnya, selepas beberapa jam, seorang bayi menangis kehausan. keadaan ni tak sama dengan a few hours before that. contoh lain, anak pokok yang ditanam beberapa bulan lepas dah mula berbunga..nak lagi contoh? πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰ okay la okay la.. kalau dulu kita try hafal surah 3 Qul je, tapi sekarang paling kurang mesti dah try hafal Juz Amma kan?? *Gulp*Takpe takpe. .Ni reminder utk diri sendiri jugak yang tak settle lagi juz 30 tu..kita try sama sama okay ?

Back to our business, ceyyy

Perubahan..ada dua, positif dan negatif..actually setiap orang kena berubah setiap hari..(Wuuuu)
nampak over kan? tak pun sebenarnya..berubah tu tak semestinya kena buat something big and islamik je baru dipanggil berubah.. no no no.. berubah tu maksudnya do something different that give benefit to yourself, and others.. contohnya, kalau kita jenis marah marah orang, so kita berubah la utk jadi pemaaf and penyabar.. memang susah utk buang terus habit yang dah melekat dalam diri tu, but a little step will help ! contohnya, harini kita buat pape tak baca bismillah, next time baca la. .haaa see. .πŸ‘€πŸ‘€ tak susah pun nak buat perubahan tu. .just take it easy okayy

Maka, kalau seseorang tu buat pape yang berbeza dari sebelumnya (read: berubah), janganlah kecam dia. .kalau dia jadi better, kita patut bersyukur dan doakan dia terus istiqamah dengan apa yang dia buat. .kalau dia buat something yang worse, kita patut tanya dan selidik kenapa dia buat macam tu. .approach and cuba nasihat dia. .

So before nak sambung buat kerja, nak tinggalkan pesanan utk diri sendiri and utk yang lain jugak insha Allah. .

"REDHA bukan bermakna tiada langsung tangisan, tetapi ianya merupakan penerimaan TAKDIR TUHAN tanpa persoalan dan penyesalan"

Kenapa kena redha ?Sebab Allah adalah sebaik baik perancang..We plan, but His plan is The Best..

"Tidak ada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan beri petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" [64:11]

"Ya Allah, redhakan hati kami untuk menerima segala ketentuanMu" 😊😊😊