Sunday, 31 May 2020

Peluang Kedua

 Sekarang tengah trending lagu Nabila Razali kan. Cuba la usha official lirik video kat YouTube sambil baca komen. Sebakkk weyhhh😢😢😢😭😭😭

Ramai orang share kisah hidup dorang.
Yang tersentuh kalau pasal family, parents.
Tak cukup tisu sekotak haha

Lagu ni depends la kita nak relate macamana
Dengan kawan ke family ke orang kita sayang ke
Ada pernah baca satu share ni, orang tu relate hubungan antara manusia dengan Tuhan. So bila baca tu, haah la make sense!
Menarik kan?

Allah yang Maha Pencipta selalu bagi kita peluang
Hidupkan kita setiap hari
Even hari sebelumnya kita dah buat dosa
Tak kira la kecik ke besar ke
Kita kekadang lupa pun nak doa mintak kat Allah contoh: ya Allah, izinkan aku hidup lagi esok. Aku nak bertaubat
Tapi Allah bagi jugak peluang
Untuk kita baiki diri kita
Tebus dosa kita
Cuma kita je tak sedar huhuhu
We take it for granted
Astaghfirullah

Wahai diri sendiri dan yang membaca semuanya
Peluang takkan selalu ada
Takkan selalu ada peluang kedua
Kita tak tahu sampai bila kita ada peluang tu
Moga kita sama sama sedar dan berazam
Untuk baiki diri kita
Tinggalkan apa yang tak bermanfaat
Jangan layan perasaan perasaan dan prasangka buruk
Yang akan melambatkan proses pembaikan diri kita
All the best, US!
Moga Allah tetapkan hati kita semua bersama agamaNya
Aminnnn♥️

Thursday, 7 May 2020

Ampunkan kami, Ya Allah

6 May 2020

1/3 Ramadhan telah berlalu.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan suka memberi keampunan, maka ampunkanlah kami.

Terima kasih ya Allah kerana masih izinkan iman wujud dalam hati kami.

Walaupun kami tak bersegera dalam menyahut panggilanMu, sesegera kami menyahut panggilan duniawi.

Walaupun kami lebih cepat rasa bersalah sesama manusia, berbanding rasa berdosa terhadapMu

Walaupun kami lebih gigih berusaha membaiki hubungan sesama manusia, berbanding membaiki hubungan denganMu.

Ampunkan kami Ya Allah Ya Ghaffur.
Ampunkan kami Ya Allah Ya Rahim.

Terima kasih sedarkan kami ya Allah.
Pegang hati kami ya Allah.
Bantu kami ya Allah.
Tiada daya dan kekuatan kami melainkan dari Engkau Yang Maha Kuat.

Izinkan kami mendahulukan Engkau melebihi apa pun dalam setiap satu perkara, yg kecil mahupun perkara besar.
Izinkan kami redha dalam semua ketentuanMu.
Izinkan kami belajar dan menemukan hikmah di sebalik sesuatu yg Kau takdirkan buat kami.

Kami lemah ya Allah.
Kami tiada daya.
Ampunkan kami ya Allah.
Ampunkan kami.