Tuesday, 17 December 2019

Pemergian yang menghidupkan



"..Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" [2:156]

Tiada siapa dapat menyangka bila akan dijemput malaikat maut.
Keluarga, sahabat, jiran, sesiapa pun yang kita jumpa harini,
belum tentu kita dapat berjumpa lagi.
Sungguh, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Jadi, apa persiapan kita?
Kita selalu berharap diberi pengakhiran yang baik, Husnul khatimah
Tapi, adakah kita telah mempersiapkan diri kita untuk berakhir dengan baik?
Apa yang selalu kita buat kita fikir kita cakap, sehari hari?
Adakah yang baik baik saja?
Atau ada yang hanya bertopengkan kebaikan tapi sebenarnya dusta belaka?
Sama sama kita muhasabah diri.
Kita manusia, akan selalu buat silap.
Kita dah janji, dengan diri sendiri, dengan orang yang kita sayang, dengan sesiapa sekalipun
Untuk tak ulang silap kita lagi
Tapi mungkin kita diuji lagi, dan gagal lagi.

Bangkit!
Jangan biarkan diri terus hanyut dalam kesilapan lalu.
Jangan menyesali kesilapan yang ada dan membuatkan kita terus rebah
Jangan!
Allah tak suka orang yang berputus asa.
Dia ada. Dia tahu. Dia nampak.
Selagi ada ruang dan peluang untuk berubah, bersegeralah!
Jangan sia siakan lagi! Jangan!

"... Wahai hamba hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia jua lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" [Az Zumar, 39:53]


16-12-2019
Moga Allah tempatkan kamu bersama orang orang yang beriman. 
Pemergianmu menghidupkan jiwa ini. 
Moga jiwa ini terus sedar dan hidup.
Moga Allah memberkatimu.
Terima kasih 💗

Thursday, 12 December 2019

Reflect

"Ujian tanda Allah sayang."

Benar. Allah sayang.

Tapi kadang kadang mesti kita ada terfikir kan.
Benda yang jadi tu, kesan daripada perbuatan kita sebelum sebelum tu.

Contoh, gaji lambat masuk sebab tak buat kerja leklok.
Contoh, masakan asyik tak jadi sebab suka komplen makanan.
Contoh, asyik kena marah sebab kita pernah marah someone sampai dia terasa.

Makanya, jom kita sama sama reflect apa kita buat seharian.
Apa yang kita buat, kurang dan lebih akan beri kesan kelak.
Kalaupun bukan dekat diri kita, mungkin orang terdekat kita
Atau mungkin dekat generasi kita yang akan datang.

Benda ni selalu la orang relate dengan keadaan saudara seakidah kita dekat 
kawasan yang sedang bergolak macam Palestin, Syria, Rohingya semua tu.
Ada orang pernah share,
Jangan ingat kita bermalas malas nak baca Quran harini, tak bagi kesan pape.
Jangan ingat kita lewat lewatkan solat harini, tak jadi punca saudara kita tu ditindas.
Jangan ingat kita dok diam tak amik port pasal dorang tu, tak buat golongan anti-Islam makin berani.

Main point kat sini, apa yang kita buat tu semuanya akan beri kesan, paling kurang untuk diri kita sendiri. Kita buat baik, dapat pahala. Apa lagi best, bila orang lain nampak and buat jugak kebaikan tu. Ripple effect. Haa kan bersambung sambung pahalanya tuuu.

So people, jom kita sama sama cek dan fikir dulu sebelum buat pape.
Yang paling penting, kita fikir, benda kita buat tu Allah suka ke tak.
Insha Allah moga Allah pelihara kita semua.
Moga Allah redha dengan kita, dan kita redha dengan Allah.

Amin insha Allah.

"Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap amalan kejahatan dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik" [Hadis Riwayat At Tarmizi]

Monday, 2 December 2019

Hello Disember


Bulan baru, minggu baru sebelum kita sambut tahun baru nanti insha Allah.

"Save the best for the last"

Cliche kan ayat ni. Kekadang kalau kita dengan teammates ke untuk presentation ke ape,
kita bagi orang yang paling power tu cakap last point dan penutup, supaya  nampak lebih meyakinkan gituuuuu.

Memandangkan DISEMBER ni adalah bulan terakhir kan, mungkin kita jugak boleh apply that quote in our life. Nampak sesuai je kan?

Apa yang kita boleh cuba buat, kita aim untuk buat something significant yang kita tak pernah buat sepanjang 11 bulan yang dah lepas. Or kalau kita dah pernah buat, kita upgrade level.

Contoh eh, kita tak pernah habiskan satu buku pun sebelum ni.
So dalam bulan ni, kita aim nak habiskan satu buku.
Contoh lain, kita before ni pernah join volunteering program.
So dalam bulan ni, kita join lagi yang mungkin melibatkan orang berbeza ke benda berbeza ke.
Kalau before ni kita jadi volunteer je, why not bulan ni kita pulak yang initiate idea dan jugak volunteer. Haa kan dah upgrade level tu. Hehe

Last but not least, teruskan menanam azam dan cita cita,
dan jangan lupa usaha jugak untuk capai taw tawww.
Tak aci la kita list 1001 cita cita tapi langsung takde effort. 💤
Tu dah macam menanti bulan jatuh ke riba.
Rezeki kan takkan datang bergolek. Eh 😛

Oh and semua yang kita azamkan, usaha yang kita buat semuaa tu,
kita serahkan pada Allah okayyy, macam doa bawah ni hehe
Janganla kita usaha buat something tapi tak berjaya,
kita nangis berhari hari tepi bucu katil.
No no no okayy.


Kita cuba hafal sesama okayyyy
Untuk memula kita try dengar kat YouTube je pun onz


We try our best, and leave the rest to Him.

#selfreminder
#waitingfor2020