Dengan yang tersayang
Kita lebih mudah sensitif
Dengan yang tersayang
Kita berharap yang terbaik
Untuk sama sama cuba
Sama sama bahagia
Sampai kita terlupa
Ada yang kecewa
Ada yang tertekan
Rasa terkurung dalam kawalan
Dari yang menyatakan sayang
Adakah benar itu sayang?
Tuhan, jagakan yang tersayang
Aku lelah menyakiti
Aku sakit mengecewakan
Aku tak mampu membetulkan keadaan
Atas ketidaksabaranku
Atas rasa peduliku
Yang berlebih lebihan
Tuhan, jagakan yang tersayang
Kami harapkan kebaikan dariMu
Sama ada dekat atau jauh
Kami cuba redha
Beri kami kekuatan
Lupakan yang tidak perlu
Lepaskan apa yang terikat
Kawal apa yang mampu
Moga dijauhkan penyakit hati
Ditambah kesabaran
Lebih banyak mendengar dari berkata kata
Kerana kesan lidah lebih melukakan
Tuhan, jagakan yang tersayang
No comments:
Post a Comment