Tuesday, 16 June 2020

Adakah kita?


Selalunya bila sesuatu terjadi
Yang tak menyenangkan hati kita
Yang buat kita mula tak husnuzon
Kita mula fikir macam macam 

Kadang kadang 
Apa yang jadi tu
Adalah cara Allah makbulkan doa kita
Kita mungkin tak perasan 
Sbb neraca Allah dan neraca manusia berbeza

Kalau Allah kata tu yang terbaik 
Maka itulah yang akan jadi
Siapa kita nak pertikaikan

Contohnya, kita mendoakan kawan kita yang tengah sedih 
Kita harap dia dapat kebahagiaan 
Kemudian Allah takdirkan sesuatu yang mmg buat dia bahagia 
Namun bukan seperti itu kebahagiaan yg kita bayangkan waktu doakan dia

Jadi, kita kena tenang, cari hikmah
Lawan prasangka buruk yang ada
Jaga hati jaga perasaan sendiri mahupun orang lain

Kalau kita berharap orang lain memahami
Kita tanya diri kita
Adakah kita sendiri dah memahami? 
Kalau kita persoal kenapa orang lain tak belajar dari sejarah
Kita tanya diri kita
Adakah kita sudah belajar? 

Kesimpulannya, bersangka baik
Tanam rasa empati dalam diri
Kurangkan bicara lebihkan berfikir
Haaa tapi fikir yang baik baik taw
Sebab fikiran kita macam magnet
Kalau fikir positif, aura kita pun positif
Kalau fikir negatif, haaa fikir laa sendiri

Selamat menjaga hati 

Thursday, 4 June 2020

Ada apa dengan hati?


Minggu yang kurang baik dari segi emosi
Bercampur baur
Ups and downs
Entah kenapa
Semuanya serba tak kena
Semuanya rasa kekurangan
Cuba dibaiki
Namun dirasakan hanya bertepuk sebelah tangan

Mungkin itu cuma perasaan
Prasangka
Yang gagal dikawal
Emosi terlalu lemah
Kesabaran menipis
Kata kata yang tajam
Semua berbekas di hati

Bagi yang lain mungkin tiada apa
Mungkin kebal
Mungkin kuat
Tidak terkesan dengan apa yang berlaku

Tapi bagi jiwa yang lemah
Sangat terkesan
Pedih

Cubaan demi cubaan dilakukan
Cuba untuk baca al quran bersama
Seperti sebelumnya
Namun tidak seperti yang dibayangkan
Di awal panggilan
Terus bacaan dialunkan
Satu surah ke surah yang lain
Tanpa suara berbasa basi seperti biasa

Adakah terpaksa?
Adakah terlalu meminta?
Maaf jika itu yang dirasa
Andai terselit rasa yang menjerut
Maaf dari hati yang penuh noda ini
Sungguh, maaf
Mungkin ini adalah permintaan sebegini yang terakhir
Mungkin

Terima kasih untuk alunan surah yang sangat baik
Moga dikurniakan pahala
Buat sekalian keluarga
Tidak kira apa pun perasaan yang ada
Terpaksa mahupun tidak
Moga Allah kira setiap satu huruf yang ada
Moga asbab untuk masuk syurga

Buat jiwa yang lemah
Moga terus diberi kekuatan
Oleh Ya Qowiy
Cukuplah
Jangan keruhkan lagi
Jangan sakiti lagi
Letakkan hanya di tangan
Bukan di hati

Demi insan yang disayangi
Yang layak mendapat bahagia tak bertepi
Dengan atau tanpa di sisi
Didoakan moga sentiasa dilindungi Ilahi
Dijauhkan dari yang merosakkan hati
Dikelilingi jiwa jiwa yang memahami

Wednesday, 3 June 2020

Bila perlu

Manusia
Kita
Hamba

Bila kita bahagia
Bila kita senang
Bila kita dapat apa yang kita suka
Kadangkala kita lupa nak bersyukur
Kita lupa pada Tuhan

Solat
Doa
Ala kadar
Asal buat

Tapi bila masa kita down
Bila kita ada masalah
Bila kita sempit
Kita ingat Tuhan
Kita merayu
Kita cari

Doa tak putus putus
Solat sunat pelengkap solat wajib
Baru rasa diri hamba

Peringatan buat diri sendiri
Moga kita cari Tuhan tiap waktu
Bukan hanya bila perlu

Tuhan tak perlukan kita
Tapi kita sebenarnya yang perlukan Tuhan
Tuhan tak pernah tinggalkan kita
Tapi kita yang selalu tinggalkan Tuhan
Tuhan tak lupakan kita
Kita yang selalu lupa Tuhan

Moga kita ingat Tuhan
Moga kasih kita pada Tuhan
lebih banyak dari yang kita beri
Buat orang orang yang kita sayang
Sebab manusia takkan kekal selamanya
Tapi Tuhan sentiasa ada, selamanya


Tuhan, jagakan yang tersayang

Tuhan, jagakan yang tersayang

Dengan yang tersayang
Kita lebih mudah sensitif
Dengan yang tersayang
Kita berharap yang terbaik
Untuk sama sama cuba
Sama sama bahagia
Sampai kita terlupa
Ada yang kecewa
Ada yang tertekan
Rasa terkurung dalam kawalan
Dari yang menyatakan sayang

Adakah benar itu sayang?

Tuhan, jagakan yang tersayang

Aku lelah menyakiti
Aku sakit mengecewakan
Aku tak mampu membetulkan keadaan
Atas ketidaksabaranku
Atas rasa peduliku
Yang berlebih lebihan

Tuhan, jagakan yang tersayang

Kami harapkan kebaikan dariMu
Sama ada dekat atau jauh
Kami cuba redha
Beri kami kekuatan
Lupakan yang tidak perlu
Lepaskan apa yang terikat
Kawal apa yang mampu

Moga dijauhkan penyakit hati
Ditambah kesabaran
Lebih banyak mendengar dari berkata kata
Kerana kesan lidah lebih melukakan

Tuhan, jagakan yang tersayang

Sunday, 31 May 2020

Peluang Kedua

 Sekarang tengah trending lagu Nabila Razali kan. Cuba la usha official lirik video kat YouTube sambil baca komen. Sebakkk weyhhh😢😢😢😭😭😭

Ramai orang share kisah hidup dorang.
Yang tersentuh kalau pasal family, parents.
Tak cukup tisu sekotak haha

Lagu ni depends la kita nak relate macamana
Dengan kawan ke family ke orang kita sayang ke
Ada pernah baca satu share ni, orang tu relate hubungan antara manusia dengan Tuhan. So bila baca tu, haah la make sense!
Menarik kan?

Allah yang Maha Pencipta selalu bagi kita peluang
Hidupkan kita setiap hari
Even hari sebelumnya kita dah buat dosa
Tak kira la kecik ke besar ke
Kita kekadang lupa pun nak doa mintak kat Allah contoh: ya Allah, izinkan aku hidup lagi esok. Aku nak bertaubat
Tapi Allah bagi jugak peluang
Untuk kita baiki diri kita
Tebus dosa kita
Cuma kita je tak sedar huhuhu
We take it for granted
Astaghfirullah

Wahai diri sendiri dan yang membaca semuanya
Peluang takkan selalu ada
Takkan selalu ada peluang kedua
Kita tak tahu sampai bila kita ada peluang tu
Moga kita sama sama sedar dan berazam
Untuk baiki diri kita
Tinggalkan apa yang tak bermanfaat
Jangan layan perasaan perasaan dan prasangka buruk
Yang akan melambatkan proses pembaikan diri kita
All the best, US!
Moga Allah tetapkan hati kita semua bersama agamaNya
Aminnnn♥️

Thursday, 7 May 2020

Ampunkan kami, Ya Allah

6 May 2020

1/3 Ramadhan telah berlalu.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan suka memberi keampunan, maka ampunkanlah kami.

Terima kasih ya Allah kerana masih izinkan iman wujud dalam hati kami.

Walaupun kami tak bersegera dalam menyahut panggilanMu, sesegera kami menyahut panggilan duniawi.

Walaupun kami lebih cepat rasa bersalah sesama manusia, berbanding rasa berdosa terhadapMu

Walaupun kami lebih gigih berusaha membaiki hubungan sesama manusia, berbanding membaiki hubungan denganMu.

Ampunkan kami Ya Allah Ya Ghaffur.
Ampunkan kami Ya Allah Ya Rahim.

Terima kasih sedarkan kami ya Allah.
Pegang hati kami ya Allah.
Bantu kami ya Allah.
Tiada daya dan kekuatan kami melainkan dari Engkau Yang Maha Kuat.

Izinkan kami mendahulukan Engkau melebihi apa pun dalam setiap satu perkara, yg kecil mahupun perkara besar.
Izinkan kami redha dalam semua ketentuanMu.
Izinkan kami belajar dan menemukan hikmah di sebalik sesuatu yg Kau takdirkan buat kami.

Kami lemah ya Allah.
Kami tiada daya.
Ampunkan kami ya Allah.
Ampunkan kami.


Wednesday, 29 April 2020

Mencari Hikmah

Ramadhan.

Kalau sebut ramadhan, apa benda first yg korang akan ingat?
Puasa
Terawikh
Bazaar (tapi kita tahun ni takde 😢😂)

Ni antara benda yg paling banyak org sebut bila kaitkan dengan ramadhan.

Dan tahun ni alhamdulillah kita dapat rasa pengalaman yang berbeza dari tahun tahun sebelumnya.
Takde bazaar yang menghidangkan pelbagai juadah.
Takde majlis berbuka puasa beramai ramai.
Dan paling terasa sebab tak boleh solat terawikh dekat surau atau masjid.

Sebaliknya,
Makin ramai yang jadi tukang masak serba boleh.
Makin ramai yang mampu menjadi imam buat keluarga.
Dan kesan positif lain disebabkan PKP ni.

Jadi kita dapat lihat.
Setiap yang berlaku tu pasti akan ada hikmah sebaliknya.
Mungkin untuk kita terima dan jumpa hikmah tu ambil masa, tapi kalau kita yakin dan cuba, insha Allah akan jumpa.

Selamat mencuba untuk mencari hikmah dalam setiap ketentuanNya.
Pada mulanya mungkin akan rasa sakit rasa sedih, tapi insha Allah. Apa yang Allah tentukan tu semua yang terbaik untuk setiap satu dari kita.
Allah takkan uji kalau kita tak mampu.
Allah takkan bagi kalau Dia tak sayang.

Salam 6 Ramadhan 1441H.
Moga Allah terima segala amal.
Moga jiwa yang sedang lemah menjadi kuat.
Moga diri yang sedang rebah akan bangkit.
Moga moga.