Wednesday, 29 April 2020

Mencari Hikmah

Ramadhan.

Kalau sebut ramadhan, apa benda first yg korang akan ingat?
Puasa
Terawikh
Bazaar (tapi kita tahun ni takde πŸ˜’πŸ˜‚)

Ni antara benda yg paling banyak org sebut bila kaitkan dengan ramadhan.

Dan tahun ni alhamdulillah kita dapat rasa pengalaman yang berbeza dari tahun tahun sebelumnya.
Takde bazaar yang menghidangkan pelbagai juadah.
Takde majlis berbuka puasa beramai ramai.
Dan paling terasa sebab tak boleh solat terawikh dekat surau atau masjid.

Sebaliknya,
Makin ramai yang jadi tukang masak serba boleh.
Makin ramai yang mampu menjadi imam buat keluarga.
Dan kesan positif lain disebabkan PKP ni.

Jadi kita dapat lihat.
Setiap yang berlaku tu pasti akan ada hikmah sebaliknya.
Mungkin untuk kita terima dan jumpa hikmah tu ambil masa, tapi kalau kita yakin dan cuba, insha Allah akan jumpa.

Selamat mencuba untuk mencari hikmah dalam setiap ketentuanNya.
Pada mulanya mungkin akan rasa sakit rasa sedih, tapi insha Allah. Apa yang Allah tentukan tu semua yang terbaik untuk setiap satu dari kita.
Allah takkan uji kalau kita tak mampu.
Allah takkan bagi kalau Dia tak sayang.

Salam 6 Ramadhan 1441H.
Moga Allah terima segala amal.
Moga jiwa yang sedang lemah menjadi kuat.
Moga diri yang sedang rebah akan bangkit.
Moga moga.

Wednesday, 8 April 2020

PKP

Peluang 

Bagi sesetengah orang, pkp ni dia akan nampak banyak peluang. Contohnya, peluang untuk kuruskan badan, untuk tolong orang lain, untuk tambah skill memasak, menjahit dan sebagainya.

Betul, kita memang kena bentuk diri kita supaya kita menjadi orang yang pandai menggunakan peluang yang ada. Macam sekarang mungkin kita dapat rasa ada peluang masa, maka kita kena gunakan masa sebaiknya, jangan sia siakan jangan bazirkan.

Bila sebut masa ni, selalu ingat hadis nabi:
“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.”  (HR Bukhari)

Kalau sesiapa yang masih belum berjaya untuk uruskan masa (cakap dengan cermin hehe), jangan putus asa. Teruskan usaha, peluang masih ada. πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

Kualiti

Kita dah ada peluang, maka kita kena gunakan sebaiknya. Kita ambil peluang tu dan gunakannya untuk capai apa jua impian kita, sama ada impian jangka masa singkat mahupun jangka masa panjang.

Contoh, kita bercita cita nak habiskan paling kurang sebuah buku dalam masa dua minggu pkp. Maka kita akan gunakan peluang masa yang ada, untuk capai cita cita kita tu. Apa yang penting, kita kena rancang tindakan kita sebaiknya supaya memudahkan kita capai cita cita kita. Kita kena cek kualiti rancangan kita tu, sesuai ke tak, realistik ke tak dan sebagainya. Kita mesti la nak buat benda yang berkualiti supaya hasil yang kita dapat pun tip top.

Prestasi

Kita dah ada peluang dan rancangan yang berkualiti, maka kita akan dapat tingkatkan prestasi kita yeayyyy!

Tak kisah laa apa pun peluang, rancangan mahupun cita cita yang kita ada, moga kita semua dapat sama sama capai peningkatan dalam prestasi masing masing. Bukan kerja je kita kena capai prestasi kpi tu semua. Diri kita pun kita kena letak target, supaya diri kita sentiasa ada proses pembaikan dan peningkatan. Kita taknak laa jadi orang yang sama je kan pada masa akan datang. Nak ke kita kekal sama tak berubah untuk 5 tahun akan datang? Mesti taknak kan. Mesti kita nak tambah nilai nilai positif yang akan menaikkan pencapaian diri kita, ke arah lebih baik.

Kesimpulannya, apa yang penting, moga kita balikkan semuanya kepada Sang Pencipta. Apa yang kita ada kita lalui harini, semua dari Dia. Jadi, sebaik baiknya kita jaga prestasi kita di hadapan Dia terutamanya. Moga dipermudahkan semuanya. ♥️

Manfaatkan nikmat


Harini dah hari ke 22 PKP.

Macamana semua org?
Dah terbiasa dengan rutin baru sejak pkp?
Atau masih mencari cari rentak untuk susun kehidupan?
Hehe 

Kalau kita tengok, pkp ni dapat sedarkan kita tentang nikmat. Nikmat yg datang dalam pelbagai bentuk. Nikmat masa, keluarga, duit, kerja, peluang dan sebagainya. Mungkin nikmat yang kita ada, tak sama dengan orang lain.

Mungkin ada yang sejak pkp ni, baru dapat luangkan masa bersama keluarga. Tapi ada jugak yang tak dapat jumpa keluarga. Ada juga yang walaupun pkp ni, ada je makanan setiap hari, siap boleh masak pelbagai menu asah skill masing masing. Tapi, mungkin ada juga yang terpaksa berkira kira untuk beli makanan untuk masak memandangkan pkp ni menghalang mereka bekerja.

Apapun, moga kita bersyukur dengan semua nikmat yang ada, hatta sekecil kecil nikmat sekalipun. Allah janji, kalau kita bersyukur, maka Dia akan tambah nikmat kurniaanNya. Moga kita dapat manfaatkan sepenuhnya nikmat yang kita ada, sebagai tanda syukur kepada Sang Pemberi Nikmat.
Dari nikmat yang kita ada tu, kita tolong orang lain. Contoh, kita ada rezeki dapat masak macam macam. Hulurkan sedikit buat jiran jiran atau mereka yang memerlukan. 

Contoh lain, kalau kita ada ruang dan masa untuk gunakan media sosial, kita tulis kita kongsi peringatan untuk sama sama baiki diri. Maklumlah, pkp ni kebanyakkan dari kita selalu aktif media sosial hehee.
Maka, nak ajak diri sendiri dan semua untuk sama sama menghargai nikmat masing masing, dan usaha sebaiknya untuk manfaatkan nikmat yang ada dan kumpul saham pahala buat bekal di sana kelak. Aminnnn

Mari kita semua berdoa moga Allah angkat wabak covid19 ni dari muka bumi, dan menjadi asbab untuk kita semua makin menghargai agama islam yang kita ada. Aminnn