Thursday, 4 May 2017

Nota buat diri

Emosi teruji.Cedera.
Ujian berat dirasakan minggu ini : NIAT
A few people bertanyakan soal niat. soal mengapa diri ini berbuat.
Soalan yg nampaknya mudah. Tapi pedih.
Mungkin kerana diri ini terlalu memandang gerangan siapa yang bertanya.

"Pasang niat betul-betul..Cukup."
"Awak mesti buat lillah kan"

Short and precise. Deep.
Mungkin kerana emosi sedang sakit ketika itu.
Kalian  tidak salah kerana bertanya.
Diri ini yang salah kerana membenarkan cas negatif menembusi akal dan hati.

Wahai diri,
Bangun.
Jangan biarkan dirimu hanyut lagi.
Seperti masa lalu.
Yang membunuh dirimu.
Diam diam.
Perlahan lahan.
Tanpa kesan.

Wahai diri,
Abaikan bisikan itu.
Usaha sesungguh sungguhnya.
Agar kau redha dengan semuanya.
Agar tiada sesalan.
Agar kau yakin.
Segalanya berlaku kerana Tuhan.

Wahai diri,
Teruskan berpegang pada janji.
Bukan sahaja pada manusia
Tapi juga pada si Dia Yang Maha Mengetahui
Jangan kau harap mereka setia
Andai kau tidak cukup setia dengan Dia
Jangan kau rasa kecewa bila janji dimungkiri
Selagi kau belum mengimani janjimu sendiri:
"Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku, LILLAH"

Wahai diri,
Ingat satu kata : P.R.I.O.R.I.T.Y
Andai kau rasa benar penting
Andai kau rasa bukan benda asing
Adakah kau telah berusaha utk mencapainya ?
"Dia nombor satu!" - cliche
Tapi itu hakikat
Hanya Dia mampu mengubah segalanya.
Hanya Dia mampu menyapu pergi air mata.
Hanya Dia mampu mengusir amarah dalam dada.
Hanya Dia.

Wahai diri,
Ingatlah Dia sentiasa ada.
Berhenti berharap pada manusia.
Berharap pada Dia
Bersangka baik pada Tuhan.
Mohon kekuatan, ampunan dan rahmat Tuhan.
Moga terpilih dalam kalangan hamba kesayangan.

Selamat malam dunia.
Semoga esok tiada lagi hujan.
Yang ada hanya sinaran sang suria.
Atau pelangi di balik awan.
Amin.


No comments:

Post a Comment