Wednesday, 9 March 2016

F.O.B.I.A

Bismillahirahmanirrahim. . .

*Fuhhh fuhhh*
Berhabuk dah blog ni. .kalau machine yg berhabuk, dah kena guna blower la jawabnya. .k #hambar. .haha..:P
by the way sebenarnya memang tgh struggle nak polish semangat menulis ni. .kenapa?
alaaaaa kenapa tanya kenapa..susah nak jawab soalan tu. . haha. .tapi takpe insha Allah nanti akan di-revealkan kenapa okayy. . 

memandangkan ni post sulung *auchh macam anak sulung pulak ahhaha*  so ampun dipinta awal awal kalau post ni xberapa menarik perhatian anda anda sekalian. .sebenarnya nak share pasal fobia.. Fobia merupakan sejenis perasaan takut yang overload terhadap sesuatu. .Rupanya banyak jenis fobia dalam dunia ni baru tahu. .tapi dalam banyak banyak fobia, nak cerita pasal satu ni je, iaitu Athazagoraphobia. .haaaa cer teka ni fobia ape. . berbelit lidah nak sebut kan haha .actually Athazagoraphobia merupakan perasaan Takut dilupakan atau  tidak dipedulikan. . Haa ade tak korang fobia ni *sambil kenyit kenyit mata*. .Secara jujurnya mesti ada kan. .yelaaaa manusia kannn i feel u olls. .


Bila tahu pasal fobia ni, teringat kisah sebatang pohon tamar a.k.a kurma yang menangis ketika zaman Rasulullah SAW.. kisah ni sangat familiar dan sangat mengagumkan. .

Rasulullah SAW sering menggunakan sebatang pohon tamar sebagai mimbar untuk menyampaikan khutbah kepada umat islam. .Bila mana jumlah jemaah semakin bertambah, mimbar baru pun dibina utk membolehkan Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya dengan lebih selesa. .Suatu hari, kedengaran suara tangisan yang amat menyedihkan. .Rupa rupanya, tangisan itu datang dari pohon tamar yang dulunya digunakan Baginda sebagai mimbar. .

Maka, Rasulullah SAW datang mendekati pohon tamar itu lalu berkata :
"Jika kamu mahu, aku akan jadikan kamu dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada Allah SWT agar kamu akan menjadi pokok di syurga, supaya para wali Allah dapat memakan buah-buahmu."

Pohon tamar itu menjawab:“Saya memilih untuk ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga supaya wali-wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat dimana saya kekal di dalamnya .” Lalu tangisan itu pun berhenti. 

Rasulullah SAW menceritakan kisah tersebut kepada para sahabatnya. . Baginda berkata: “Pohon tamar itu memilih negeri yang kekal (syurga) berbanding negeri yang fana (dunia)  ini!” 
Maka pohon tamar itu ditanam berdekatan mimbar dan dikatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga kelak..*senyum*

Pergh pergh. .amazed kan dengan pohon tamar tu. .jelesss pun ada. . mana taknya, pohon tamar tu boleh nangis kot sebab rasa dilupakan Rasulullah SAW bila dah tak digunakan sebagai mimbar. .nangis bukan biasa biasa pulak tu. .ni kes nangis macam baby yang memang sedih pedih menyayat hati punya sedih. .nak compare kan dengan manusia, *especially diri ni* memang macam langit dengan bumi, bulan dengan matahari, Malaysia dengan Ausiee. .eh??

kisah ni bukan je dijadikan lagu (hehehe) tapi jugak buat kita reflect dengan diri kita balik. .Athazagoraphobia pohon tamar ni sama tak dengan kita ?? *angkat kening* kalau pohon ni boleh sedih, takut sebab rasa Rasulullah SAW dah lupakan dia, kita ni ape cite? Allah SWT dah mention dah yang kita ni (manusia) adalah sebaik baik kejadian [Surah At-Tinn,95:4]. .

So supposedly kita ni lebih lebih lagi rasa sedih dari pohon tamar tu sebab Rasulullah dah takde..:'( Kalau pohon tu sedih even dah jumpa dengan Baginda, kita ni patutnya lagi sejuta kali ganda kena sedih sebab takde kesempatan tu. .kalau pohon tamar tu dah konfem2 akan jumpa Baginda kat syurga sana, kita ni yang dosa bertimbun lagi takkan still nak fobia dok risau orang tu lupa aku, orang sana dah tak care dengan aku, tu orang tu pun dah tak sayang aku . .Hello hello !!! dari busy fikirkan semua tu, jom sesama kita ingat Rasulullah SAW yang selalu rindukan kita, even Baginda tak pernah pun jumpa kita macam pohon tamar tu. . paling kurang selawat ke atas Baginda setiap hari okay? sebab nanti kat akhirat sana kita nak la berdiri di bawah panji panji Baginda, sekaligus dapat masuk syurga yang indah damai aman tenteram tu. . BESTNYAAAAA. . :D


No comments:

Post a Comment